Unta untuk Qurban & Selamat menunaikan ibadah qurban..

Tawar menawar dan pastinya yang terbaik kita mahu..

Hari ini di awal pagi, saya bertolak ke kampung-kampung pendalaman mencari unta untuk di sembelih pada hari raya qurban.. Alhamdulillah, di sini saya dapat mencari 6 ekor unta yang semuanya besar-besar dan harga juga berpatutan.

Inilah kali pertama saya belajar cara membeli unta kerana sebelum ini saya hanya berurusan dengan kambing, domba, lembu dan kerbau.. tetapi untuk di Somalia ini, dengan unta.. Kaedah tawar menawar juga berbeza dari negara yang pernah saya bertugas sebelum ini. Bagaimana pula cara sembelih unta, macam mana nak lapahnya, esok kita tengok macam mana.. Continue reading

Posted in EMERGENCY & RELIEF, SOMALIA | 2 Comments

Mengurus projek Somalia

Sebenarnya tak senang nak urus orang Somalia.
Siapa yang dah datang baru tahu… ada beberapa perkara aku nak share:-

1. Kat sini takde lebuhraya bertingkat
2. Aku tak pernah jumpa lampu isyarat kat sini
3. Aku tak pernah tengok orang naik motor kat sini
4. Kat sini takde post office
5. Aku tak nampak sebarang mesin ATM
6. Kat sini tak ada tol… yang ada pisTOL
7. Sehingga aku balik aku tak pernah jumpa anjing kat sini
8. Public phone memang aku tak jumpa
9. Yang dikatakan supermarket ialah “kedai runcit”
10. Telur ayam disesetengah tempat kena order tiga hari dulu

MRA akan menguruskan qurban dari rakyat Malaysia ke kem-kem pelarian disini. Harga satu bahagian hanyalah RM350.

Shahrul Peshawar

Posted in EMERGENCY & RELIEF, SOMALIA | Tagged , , , , , , , , , , , , | Leave a comment

Kanak-kanak di Somalia..

Mungkin dengan cara begini, kanak-kanak ini dapat menggembirakan hatinya..

Somalia.. Negara telah ini mula bergolak semenjak 1991 dengan pelbagai krisis dari perang saudara, lemahnya kerajaan pusat, kemarau, banjir dan kebuluran. Sejak musim kemarau kali ini, seramai 80,000 orang telah meninggal kerananya dan dari jumlah tersebut, 30,000 adalah kanak-kanak. Continue reading

Posted in SOMALIA | Leave a comment

Pelarian Somalia..

Somalia adalah negara yang berada di dalam 10 negara termiskin di dunia. Mempunyai penduduk seramai 9.1 juta dengan 99% adalah beragama Islam. Berada didalam konflik yang berpanjangan menyebabkan negara tidak mampu untuk membangun.

Menjadi pelarian, tidak semua mampu dibawa bersama.

Kebanyakkan rakyatnya telah mula berhijrah keluar menjadi pelarian dan ada yang menjadi penduduk tetap di negara-negara lain semenjak perang saudara tercetus. Di Kem Dadaab yang terletak di sempadan Kenya sahaja dihuni seramai 434,000 orang pelarian Somalia. Kem ini telah mula beroperasi sejak tahun 1991 dan tahun ini diisytiharkan sebagai kem paling lama beroperasi dan terbesar di dunia oleh UNHCR.

Continue reading

Posted in EMERGENCY & RELIEF, SOMALIA | Leave a comment

Kemurungan di lapangan..

Tim MRA di Somalia

Pagi ini saya cuba menulis tentang stres lebih-lebih lagi sebagai seorang relief worker. Relief worker bagi saya bukan volunteer atau istilah suka-suka, rela-rela tetapi adalah kerjaya seseorang yang memilih untuk menceburinya. Relief worker bukan sahaja untuk aktivis tetapi juga kepada pengurusan professional. Untuk menjadi relief worker yang baik, anda harus mempunyai semangat aktivisma yang tinggi juga mempunyai serba sedikit ilmu pengurusan atau kemahiran dalam bidang-bidang tertentu.

Walau semangat anda tinggi untuk bekerja di lapangan namun tidak semestinya anda tidak akan mengalami stres. Anggaplah semangat aktivisma sahaja tidak mampu untuk mengekalkan diri anda didalam bidang ini sekiranya anda tidak pandai mengurus stres dengan baik.

Jadi hari ini, saya hendak kongsikan sedikit mengenai stres yang biasa dialami di lapangan dan antara penyebabnya. Continue reading

Posted in SOMALIA | Tagged , , , , , | 1 Comment

Mula menempuhi perjalanan..

Hari ini saya cuba untuk menulis berkongsi pengalaman walau belum tahu lagi apa yang saya nak tulis.. Namun ramai yang ingin saya kongsikan pengalaman kami di sini..

Dulu saya hanya mempunyai kawan-kawan dari Somalia namun kini saya berada di Somalia. Walau saya sudah biasa bekerja tempat konflik dan bencana tetapi Somalia adalah sebuah negara lain dari yang lain yang pernah saya pergi sebelum ini.

Bergambar bersama SUA dan ahli keluarga sebelum berlepas di KLIA

Manakan tidak, negara ini berada di 10 tercorot negara termiskin.. Bayangkan KDNK hanya USD500 perkapita.. tapi inilah negara yang 99% rakyatnya berugama Islam. Diburukkan lagi dengan mainan media yang tidak bertanggungawab serta pihak yang tidak menginginkan negara ini aman.. Itulah realiti sebenar negara ini.. Continue reading

Posted in EMERGENCY & RELIEF, SOMALIA | 1 Comment

Penyerahan Tugas kepada Mohd Iqbal Abu Bakar


Salam…

Nak balik Malaysia memang seronok setelah sebulan lebih berada disini. Terutamanya bila nak berjumpa dengan mak dan abah (abah aku dah uzur), isteri aku yang tercinta, anak-anak tersayang..(anak bongsu mati-mati ingat aku pegi Alor Setar je).. rakan pejabat MRA – Kak Fauziah dan Br. Johari yang bertungkus lumus mengurus Sekretariat… dan juga SAHABAT MRA yang sentiasa diingatan.

Tapi meninggalkan Iqbal, Haji Hani dan Iyadz di tempat nie pun.. mencemaskan aku gak… tapi aku kena juga tinggalkan diaorang… inilah dia simbolik penyerahan tugas aku pada Iqbal selaku Ketua Misi MRA di Somalia. Aku tahu Iqbal boleh uruskan pejabat disini dengan sebaiknya, dia pun bukan kecik-kecik anak lagi, budak Sungai Limau lah katakan… dah pernah pergi Muzafarabad, Kashmir dan Kabul, Afghanistan… kira ok lah tu.

Shahrul Peshawar

Posted in EMERGENCY & RELIEF, SOMALIA | Tagged , , , , , , , , | 1 Comment

E-Majallah MRA – Lapangan Edisi 8

08 LaPANGAN

Posted in AM | Tagged , , , , , | Leave a comment

Di mana MRA beroperasi di Somalia?

Mungkin tidak ramai yang faham dimanakah kawasan operasi MRA di Somalia, saya sertakan sebuah peta disini yang ditandakan dengan bandar dimana MRA beroperasi dan menjalankan aktivitinya.

Pejabat MRA adalah di Garowe yang juga merupakan ibunegeri kepada Puntland, Somalia.
MRA sedang menyiapkan sebuah gudang di Bossaso bagi menampung ketibaan bantuan barangan dari Malaysia nanti.

Shahrul di Garowe

Posted in EMERGENCY & RELIEF, SOMALIA | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , | 1 Comment

Tim Kedua MRA tiba untuk memantapkan lagi operasi di Somalia

Tim Kedua MRA telah tiba, Tuan Haji Hani Yang Kassim, Setiausaha MRA Perak – Sdr. Mohd Iqbal Abu Bakar, Pengurus Operasi MRA dan Sdr. Iyadz Abdul Hadi, SAHABAT MRA (sukarelawan MRA).

Mereka juga tiba di Bosasso dari Barbera dan melalui pengalaman yang dialami oleh Tim Pertama MRA tempohari, kapalterbang yang tayarnya botak betul, ekor berlubang dan takde air cond dekat setengah jam selepas berlepas. Juga mengalami pengalaman kotak tertinggal di Barbera. Saya berjumpa dengan pegawai “airlines” tersebut dan bertanyakan tentang dua kotak tersebut, pegawai tersebut dengan penuh yakin memaklumkan bahawa memang kotak tersebut ada di Barbera. “Kami keluarkan kotak tu disana kerana tempat duduk tak cukup, nanti kita akan bawa semula kotak itu ke Bossaso”. Ada juga orang lain yang beg pakaiannya tertinggal di Barbera, nasib lah…

Semoga Tim Kedua lebih cekal dan tangkas dalam melaksanakan tugasan membantu para pelarian disini.
Saya pun sudah terbau-bau sambal sotong nasi lemak… hahahahahah

Shahrul di Garowe

Posted in EMERGENCY & RELIEF, SOMALIA | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , | 3 Comments