DANA KEMANUSIAAN PAKISTAN
SIARAN MEDIA

Kuala Lumpur, 28 Ogos 2010 – Satu tabung Dana Kemanusiaan Pakistan yang merupakan anjuran bersama antara Utusan Malaysia dan Malaysian Relief Agency (MRA) telah dilancarkan di Hospital Pakar Al-Islam, Kg. Baru, Kuala Lumpur.  Dana tersebut akan disalurkan segera kepada mangsa banjir di Pakistan.  Dr Ishak Mas’ud, Timbalan Presiden MRA dalam  ucapannya mengharapkan lebih ramai individu dan organisasi yang tampil memberikan sumbangan dana bagi meringankan beban yang dihadapi oleh mangsa.  Menurut beliau, MRA merancang untuk terus bekerjasama dengan NGO di Pakistan bagi menyalurkan bantuan.

Majlis diteruskan dengan pembentangan Misi Pertama ke Pakistan oleh Dr Shahrizal Azwan Samsudin yang baru tiba dari lapangan.  Kemudiannya, Sdr Redzuan Mohd Iman, Pengarang Berita, Utusan Malaysia pula dalam ucapan balas beliau menyatakan kesediaan Utusan Malaysia untuk memberikan komitmen bekerjasama dalam kempen kutipan dana.  Sumbangan dana ini akan disalurkan kepada mangsa banjir di Pakistan atas nama Malaysian Relief Agency di akaun Maybank: 5640 9820 6365.  Beliau yakin bahawa tidak timbul isu samada sumbangan orang ramai sampai atau tidak kepada mangsa banjir kerana MRA telah mula bertapak di Pakistan dan mempunyai program yang jelas dan mantap di sana bagi membantu mereka yang sangat memerlukan.

 
DATO'-DATO' LEMBAGA LUAK JEMPOL BERI SUMBANGAN
KERATAN AKHBAR

UMBI Ramli Md. Yusop (empat, kiri), menyampaikan sumbangan sebanyak RM5,000 bagi Dana Kemanusiaan Pakistan Kumpulan Utusan dan Malaysian Relief Agency (MRA) kepada Norazliza Ismail dalam satu majlis berbuka puasa di Hotel Royale Bintang, semalam.

SEREMBAN 1 Sept 2010 - Seramai 15 orang Dato'-Dato' Lembaga Luak Jempol menyampaikan sumbangan sebanyak RM5,000 bagi Dana Kemanusiaan Pakistan Kumpulan Utusan dan Malaysian Relief Agency (MRA) dalam satu majlis berbuka puasa di Hotel Royale Bintang, di sini malam tadi.

Sumbangan itu disampaikan Setiausahanya, Dato' Umbi Ramli Md. Yusop kepada wartawan Utusan Malaysia, Norazliza Ismail sebagai menyatakan rasa simpati dengan apa yang berlaku ke atas rakyat Pakistan yang ketika ini dilanda bencana banjir besar.

''Sekurang-kurangnya sumbangan yang dihulurkan ini dapat meringankan beban mereka, apatah lagi menjelang sambutan Aidilfitri minggu hadapan," kata Ramli di sini, malam tadi.

Read more...
 
USAHA BANTU MANGSA BANJIR
KERATAN AKHBAR

tabungKUALA LUMPUR 28 Ogos (Mingguan Malaysia) - Kumpulan Utusan dan Malaysian Relief Agency (MRA) melancarkan Dana Kemanusiaan Pakistan untuk membantu rakyat negara itu yang terjejas teruk akibat bencana banjir.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin berkata, pelancaran dana ini pada bulan Ramadan diharap dapat menarik perhatian orang ramai untuk menderma dan bersedekah kepada mangsa-mangsa banjir di negara berkenaan.

Read more...
 
MRA LANCAR TABUNG MANGSA BANJIR PAKISTAN
KERATAN AKHBAR

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Malaysian Relief Agency (MRA) Isnin melancarkan 'Tabung Mangsa Banjir Pakistan' buat berjuta-juta mangsa bencana banjir terburuk yang menimpa negara itu sejak Julai.

Presidennya Datuk Dr Abdul Razak Kechik berkata usaha ini dapat membantu MRA menyediakan dan menyalurkan bantuan kecemasan yang amat diperlukan seperti tempat berteduh (kanvas), selimut, pakaian, makanan, peralatan dapur, kit kebersihan dan ubat-ubatan.

Read more...
 

 
BAKTI 16 SISWA MSU DI PADANG
KERATAN AKHBAR

Atas semangat persaudaraan serumpun, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Management & Science University (MSU) dengan kerjasama Student & Career Development (SCD) dibantu Malaysia Relief Agency (MRA) menjalankan misi kemanusiaan ke Padang, Indonesia, baru-baru ini.
Misi, Pandanglah Padang 2 ini susulan misi pertama akhir tahun lalu bagi melawat mangsa gempa bumi selain menjana kecemerlangan ilmu dan pemantapan insaniah graduan.

Exco Kerohanian MPP, Fatin Mohamed, berkata selain menyambung silaturahim, ia memberi pendedahan pendidikan dan ilmiah bagi membantu proses pembelajaran.

Menurutnya, pendekatan itu diharap mampu memperkukuhkan kredibiliti pelajar MSU di peringkat antarabangsa.

Read more...
 
PROGRAM KEM MUSIM PANAS DI GAZA
PENDIDIKAN

Malaysian Relief Agency (MRA) selaku penyelaras kewangan 2 kem musim panas untuk 100 kanak-kanak lelaki dan perempuan tempatan dari lingkungan 4-15 tahun (termasuk yang kurang upaya) dalam bulan Julai 2010. Tujuan program Kem Musim Panas ini adalah bagi mempertingkatkan kesejahteraan psikologikal dan kemahiran keupayaan mengatasi tekanan yang dilalui kanak-kanak yang sentiasa terdedah pada keperitan hidup kerana kerap diserang dan mengalami penderitaan serta keganasan.

Read more...
 

RAKAN MRA