|
MRA PELAWA LAKSANA QURBAN DI SOMALIA |
|
KERATAN AKHBAR
|
|
KUALA LUMPUR 22 Okt. - Malaysian Relief Agency (MRA) menjemput umat Islam di negara ini menyertai program ibadah korban di Somalia melalui Kempen Korban Terbaik MRA sempena Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi.
Pengarah Eksekutif MRA, Mohd. Shahrulazilan Said berkata, program ibadah itu adalah peluang kepada masyarakat menanamkan rasa kasih dan ihsan terhadap saudara mereka di Somalia.
"Secara tradisinya, MRA akan menyalurkan dana korban yang terkumpul kepada beberapa buah negara berhampiran Malaysia termasuk negara yang melibatkan operasi MRA sepanjang tahun ini.
"Namun kali ini, MRA bersetuju memberi tumpuan penuh berkenaan agihan korban kepada penduduk Somalia yang sedang dihimpit bencana dan hidup dalam serba kekurangan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Tambah Shahrulazilan, sumbangan daging korban kepada penduduk negara itu adalah hadiah tidak ternilai buat mereka yang mendiami kem-kem pelarian di sana.
"Sudah lama mereka tidak menikmati daging segar tetapi hanya menikmati sajian bubur gandum dan roti setiap hari," ujarnya lagi.
|
|
Read more...
|
|
EMPAT JUTA AIR BERSIH UNTUK RAKYAT SOMALIA |
|
KERATAN AKHBAR
|
|
KUALA LUMPUR 20 Sept. - Misi bantuan kemanusiaan ke Somalia anjuran Kumpulan Utusan dan Malaysian Relief Agency (MRA) diteruskan dengan pengagihan empat juta liter bekalan air kepada rakyat negara itu.
Pengurus Sekretariat MRA, Fauziah Tahar berkata, setakat ini, MRA telah membuat penghantaran bekalan air ke beberapa kem yang terlibat antaranya di Bosaso, Gardo dan Garowe mengikut jadual yang ditetapkan.
"Majlis Perbandaran Tempatan dan MRA telah mengatur jadual bagi mengagihkan air ke kem yang memerlukan bekalan melibatkan penghantaran 21 lori air.
"Satu lori boleh membawa 8,000 liter sehari dan dengan jumlah 21 lori, kita dapat salurkan 168,000 liter sehari. Jadi, kita harap bekalan tersebut mampu menampung keperluan air bersih mangsa terlibat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
|
|
Read more...
|
|
MRA LAKSANA KHIDMAT MASYARAKAT DI KG. POS SLIM |
|
ORANG ASLI
|
|
Kg. Pos Slim merupakan sebuah kampung yang dihuni oleh 70 buah keluarga Orang Asli dari suku Semai. Terletak kira-kira 25 kilometer dari Simpang Pulai mengarah ke Cameron Highland. Kampung ini telah dibuka semenjak zaman British namun sehingga kini penduduk masih belum menikmati kemudahan bekalan elektrik, manakala bekalan air pula datang dari takungan air hujan yang disimpan.
Kebanyakkan penduduk di sini bekerja menebang buluh, rotan, mengutip petai, mencari madu lebah di hutan dan hasilnya kemudian dijual kepada peraih. Namun ada segelintir dari penduduk di sini telah mula keluar dan bekerja di kilang yang terletak di bandar.
Pada 9 Julai yang lalu, MRA melalui MRA Perak yang diketuai oleh Pengerusinya, Prof. Madya Dr. Karim Rus telah mengadakan program bersama masyarakat Orang Asli di sini. Program ini telah dilaksanakan oleh sahabat MRA yang terdiri daripada mahasiswa perubatan dari RCMP UniKL dan mantan ahli VAT69.
|
|
Read more...
|
|
CIMB ISLAMIC SERAHKAN LAGI 100 RUMAH SYUKUR |
|
PEMBANGUNAN SOSIAL & EKONOMI
|
|
20 Jun, Padang Pariaman: Peruntukan fasa 2 sebanyak 100 buah rumah dari CIMB Islamic telah diserahkan kepada mangsa gempabumi Padang Pariaman yang akan dibangunkan oleh Malaysian Relief Agency (MRA). Majlis penyerahan ini diadakan di Sungai Limau, Padang Pariaman dengan dihadiri oleh Pengerusi CIMB Islamic, Dato’ Dr. Syed Muhammad Syed Abdul Kadir bersama Setiausaha Agung MRA, Dr. Mohd Daud Sulaiman. Hadir sama dalam majlis ini, Timbalan Setprov Sumatera Barat, Mahmuda Rivai bersama tokoh masyarakat setempat.
Dato’ Dr. Syed Muhammad Syed Abdul Kadir berkata, sumbangan ini adalah kerana tanggungjawab korporat dan wujudnya keprihatinan masyarakat Malaysia terhadap mangsa gempabumi di sini. Sumbangan ini adalah tambahan kepada 100 buah dalam fasa 1 yang telah siap dibina oleh Malaysian Relief Agency (MRA) sebelum ini.
Beliau turut melahirkan rasa bangga dengan kejayaan ini dan semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh penduduk setempat. Beliau berharap dengan projek pembinaan rumah ini dapat membantu memulihkan ekonomi setempat.
|
|
Read more...
|
|