|
PENUBUHAN
Malaysian Relief Agency (MRA) ditubuhkan pada awal tahun 2009 dengan 4 orang Pemegang Amanah iaitu Dato’ Dr. Abdul Razak Kechik, Dr. Ishak Mas’ud, Dr. Mohd Daud Sulaiman dan En. Shahran Kasim, serta barisan jawatankuasa yang terdiri daripada veteran-veteran aktivis bantuan kemanusiaan.
VISI Menjadi sebuah badan bantuan kemanusiaan yang efektif dan efisien dalam membantu mereka yang memerlukan.
MISI
- Memastikan pengurusan bantuan yang cekap dengan mengaplikasikan nilai-nilai murni seperti komitmen, kerjasama, tidak mementingkan diri dan mengambil berat di kalangan ahli dan Sahabat MRA.
- Membangunkan dan melatih kemahiran dalam aspek kerja-kerja kemanusiaan termasuk kemahiran teknikal, jaringan perhubungan, pengenalpastian masalah, penyediaan kertas kerja projek dan pelaksanaan, pencarian dana serta pengurusan.
- Membangunkan jaringan perhubungan di peringkat nasional dan antarabangsa.
- Menaikkan nama Negara Malaysia di mata dunia.
MOTTO “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada orang lain."

|