| PROGRAM KESIHATAN ORANG ASLI DI SLIM RIVER, PERAK |
|
|
|
|
Di samping pemeriksaan kesihatan, program ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta latihan pada 35 orang peserta termasuk 11 orang pelajar Malaysia yang menuntut di dalam jurusan perubatan dari di Universitas Sumatera Utara (USU) dan sahabat MRA yang berjinak-jinak dengan kerja-kerja serta usaha-usaha membantu komuniti.
Doktor, jururawat serta paramedik telah merawat seramai 39 orang di SK Pos Bersih dan diikuti acara cak rayak atau makan besar yang diadakan bersama-sama penduduk kampung.Pada sebelah petang, kumpulan kami menziarahi kampung Pos Bersih Fasa 1 dan telah merawat seramai 22 orang di sana. Pada pukul 4 petang kami bertolak ke kampung ketiga iaiatu Kampung Pos Bersih Fasa 2. Sambutan yang diberi amat menggalakkan. Seramai 52 orang telah menjalani pemeriksaan kesihatan. Pada masa yang sama satu dialog di antara Presiden MRA, Dato’ Dr Abdul Razak Bin Kechik dengan pemimpin komuniti juga telah diadakan. Dialog ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah-masalah di dalam masyarakat orang asli ini di dalam rangka usaha untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut. Turut hadir bersama di dalam dialog tersebut ialah En Saidon, pegawai dari JHEOA. Setelah itu, program sukaneka bersama kanak-kanak diadakan. Program ini mendapat sambutan yang memberansangkan. Lihat Galeri Aktiviti penuh.
|





