ARTIKEL AM
MRA JALIN KERJASAMA DENGAN MAIS DAN JAIS UNTUK MEMBANGUN RUMAH SYUKUR DI PADANG PDF Print E-mail

Shah Alam, Sabtu 20 Mac – Malaysian Relief Agency (MRA) telah menjalin kerjasama dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk bersama mengumpul dana membangun ‘Rumah Syukur’ untuk mangsa gemapabumi di Padang. Sebagai permulaan, pihak JAIS telah menjemput Y.Bhg. Presiden MRA memberikan taklimat mengenai aktiviti MRA di Padang pada Konvensyen Pengukuhan Aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah Sebagai Arus Perdana di Negeri Selangor. Pada hari Sabtu 20 Mac, 2010 di Auditorium MBSA, Shah Alam. Konvensyen ini telah dihadiri oleh hampir 800 orang Nazir, Imam, Guru Kafa dan Badan-badan Dakwah serta Kebajikan di seluruh Selangor.

Read more...
 
PRESIDEN MRA TERIMA ANUGERAH TOKOH MAULIDUR RASUL KEBANGSAAN 2010 PDF Print E-mail

Putrajaya, 26 Februari, 2010 – Dato’ Dr Abdul Razak Kechik, Presiden Malaysian Relief Agency (MRA) telah menerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Kebangsaan 2010. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan di Masjid Putra di sini hari ini.

Lima penerima anugerah Maulidur Rasul yang lain ialah usahawan Faiza Bayumi Syed Ahmad, pendakwah dan penceramah bebas Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz, Pegawai Penyelidik Dr Tan Swee Lian, Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Dr Yaacob Che Man, dan pelajar Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamel. Sementara itu Timbalan Dekan di Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid diumumkan penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan pada tahun ini.

Read more...
 
SEMASA SENTRAL SDN BHD SUMBANG RM15,000 UNTUK GAZA PDF Print E-mail

Isnin 18 Jan 2010, Kuala Lumpur : MRA telah menerima cek yang berjumlah RM 15,000.00 dari Semasa Sentral Sdn Bhd   untuk GAZA. Cek tersebut telah di terima oleh En Khairil Annuar dan En Ahmad Kamal bagi pihak MRA dari Tn Hj Nur Zakri bagi pihak Semasa Sentral Sdn Bhd.


Sumbangan ini adalah dari sumbangan rakyat Malaysia hasil usaha pengurusan Semasa Sentral Sdn Bhd  meletakkan Tabung Gaza di KL Sentral.  Pihak MRA akan salurkan sumbangan yang diterima ini untuk program rakyat Palestin di GAZA.

 
PUTUS KONTAK DENGAN PENGURUS DDI SUMBAR PDF Print E-mail

Sumatera Barat, yang dikenal sebagai ‘’Serambi Madinah’’, bagi Indonesia adalah propinsi istimewa. Dari Ranah Minang inilah muncul sejumlah pahlawan nasional terutama Dr Mohamad Natsir. Dan semua tahu, Pak Natsir adalah pendiri Dewan Da’wah Islamiyah Indonesia.

Karenanya, begitu gempa bumi dahsyat menghancurkan sebagian Sumatera Barat pada akhir September lalu, Pengurus Pusat Dewan Da’wah segera menggelar rapat untuk beraksi. Saat itu semua pengurus dilanda kecemasan, lantaran Dewan Da’wah Sumatera Barat sama sekali tidak bisa dikontak. Bahkan hingga Tim Advance Dewan Da’wah diberangkatkan dan tiba di Padang, kontak belum tersambung jua.

Tim Advance yang terdiri Sekretaris Dewan Da’wah, H Misbach Malim, dan Direktur Lazis Dewan Da’wah, H Ade Salamun MSi, baru bisa bertolak ke Padang pada Jumat pagi (2/10). ‘’Nyari tiket ke Padang susah,’’ kata Ade Salamun.

Read more...
 
TABUNG KEMANUSIAAN SUMATERA DILANCARKAN PDF Print E-mail

Kuala Lumpur, 2 Okt. - Tabung Kemanusiaan Sumatera telah dilancarkan oleh Dato' Pengerusi MRA di Hospital Pakar Al-Islam, Kg. Baru, Kuala Lumpur bagi bertujuan mengumpul dana bagi misi bantuan kemanusiaan terhadap mangsa-mangsa gempabumi di Sumatera Barat.

Misi pertama ini yang diketuai oleh Sdr. Shahran Kassim serta dianggotai oleh Dr. Hyzan Yusof (pakar bedah ortopedik dan trauma) yang juga Ketua Misi Perubatan MRA, Dr. Dahlia Abdul Malik (pegawai perubatan kanan) yang juga sahabat MRA dan 2 jururawat terlatih dari Hospital Pakar Al Islam, Kg. Baru. Sdr. Arsil Ibrahim dari Jakarta akan turut menyertai mereka nanti di Padang. Mereka akan berlepas ke Padang pada pukul 2:25 petang ini dan dijangka akan tiba di lapanganterbang Padang pada 2:25pm waktu Padang, Sumatera Barat.

MRA dengan ini memohon dan merayu kepada seluruh rakyat Malaysia menghulurkan bantuan kewangan kepada Tabung Kemanusiaan Sumatera agar dapat kami salurkan terus ke lapangan.

 
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>

Page 1 of 2