BANTUAN KECEMASAN / SEGERA
PANDANGLAH PADANG PDF Print E-mail

Gempa bumi berukuran 7.9 skala Ritcher yang menggegarkan Sumatera Barat khususnya di kawasan Padang Pariaman telah mengorbankan hampir 1200 jiwa rakyat Indonesia dan 3000 mangsa masih gagal dijumpai.  Dikala negara yang mempunyai majoriti umat Islam paling ramai di dunia masih lagi dalam suasana  meraikan kemeriahan sambutan Aidilfitri, kegembiraan sambutan lebaran tersebut bagaikan disentap secara tiba-tiba.  Kejadian gempa yang berlaku pada 10 syawal iaitu pada 30 September telah meranapkan rumah kediaman, hospital, pejabat kerajaan dan kedai-kedai.  Malah anak-anak  menjadi yatim piatu, saudara mara kehilangan keluarga tercinta serta  kemusnahan harta benda.

Ibarat kata pepatah “Sudah jatuh ditimpa tangga”. Begitulah nasih rakyat Indonesia yang sering dilanda bencana.  Ini kerana pada Mei 2006, satu kejadian gempa bumi telah menggoncangkan penduduk bumi Yogyakarta. Malah peristiwa yang tidak dapat dilupakan oleh seluruh penduduk dunia adalah Tsunami yang telah melumpuhkan seluruh Banda Acheh dan meragut ratusan ribu manusia pada 2004. Kedudukan muka bumi Indonesia yang berada di dalam lingkaran gunung berapai menjadi salah satu faktor penyumbang kekerapan kejadian bencana alam.

Read more...
 
DR. MARYATI KETUAI MISI 8 KE PADANG PDF Print E-mail

Misi 8 MRA selamat berlepas ke Padang semalam bersama dengan seorang doktor dan tiga staff nurse. Misi kali ini di ketuai oleh Dr. Maryati Maharon, sukarelawan Biro Kesihatan ABIM dan juga merupakan pakar kecantikan dari Faceworks Aesthetic Clinics (www.faceworksclinic.com). Beliau telah banyak membantu aktiviti-aktiviti dan program-program yang dianjurkan oleh Biro Kesihatan ABIM termasuklah kempen kesedaran H1N1 yang diadakan di sekolah-sekolah dan institusi ABIM baru-baru ini.

Misi ke Padang adalah merupakan pengalaman pertama beliau memberikan khidmat kepada mangsa bencana alam di luar negara. Beliau berharap akan dapat memberikan khidmat yang terbaik disamping dapat bersama-sama melahirkan rasa prihatin dan simpati ke atas dugaan dan cabaran yang dihadapi kesemua mangsa gempa. Beliau akan dibantu oleh Staff Nurse Nurhayati yang baru sahaja pulang dari bertugas di Arab Saudi, Staff Nurse Mohd Azmee dari Pusrawi dan Staff Nurse Muhammad Shahril dari Hospital Pakar Al Islam.

Read more...
 
HARI KE 2 MISI 7 DI PADANG PDF Print E-mail

Isnin, 9hb November 2009, Kabun Sanur Nan Sabaris, Pariaman Selatan, Sumatra Barat

Pada hari ke 2, Pasukan Perubatan MRA menjalankan misi kesihatan dan kerohanian di Kabun Sanur  Nan Sabaris, Pariaman Selatan di sebuah perkampungan yang terdiri dari kawasan sawah padi. Terdapat banyak rumah-rumah yang rosak termasuklah sebuah sekolah. Ahli pasukan perubatan MRA telah melawat murid murid yang berada di sekolah dengan muridnya sedang belajar di bawah khemah yang dilengkapi  dengan kerusi dan meja.

Pada pagi itu, penduduk mula datang ke klinik bergerak terdiri dari golongan tua dan muda. Ada diantaranya yang membawa anak anak. Kebanyakan orang tua mengalami  sakit pinggang, sakit sendi , darah tinggi, mana kala kanak kanak  mengalami sakit saluran pernafasan. Khidmat kaunseling telah di berikan oleh Sdr Noorul Hilal (UniKL RCMP) kepada mangsa yang masih mengalami tekanan  jiwa. Pasukan perubatan MRA telah memberikan rawatan kepada 106 orang penduduk pada sebelah pagi. Dispensi ubat-ubatan dilaksanakan oleh Tn Haji Abdul Rahim Gani (UniKL RCMP)  sementara khidmat kejururawatan usahakan oleh dua orang  Jururawat dari Hospital Pusrawi  (SN  Nur Atikah Mat Amin), seorang dari Hospital Pakar Al -Islam (SN Shafikah )  dan  Sdn Bhd Kejurawatan Pusrawi (Pn Ramlah Daii) dari Kuala Lumpur.

Pada sebelah petangnya  Pasukan Perubatan MRA menuju ke kawasan tanah tinggi di Karong Gunung Kenegarian, Gunung Padang Alai, Pariaman. Terdapat tanah runtuh yang agak teruk di lereng lereng bukit dimana banyak rumah telah musnah. Mangsa telah di tempatkan di khemah khemah sementara dan telah mula membina rumah sementara. Dalam hujan renyai-renyai kenderaaan bergerak perlahan melalui jalan yang rosak di lereng bukit. Haji Hani, Dr Jefri  Irwan Harris Gunawan (UniKL RCMP) dan anggota rombongan yang lainnya menziarahi  mangsa mangsa gempa  bumi yang terselamat setelah tertimbus tanah dan di bawa hakisan tanah ke bawah lembah. Dalam keadaan hujan dan lewat petang pasukan perubatan telah memberikan khidmat kesihatan kepada 13 orang penduduk yang tinggal di pinggir jalan yang terletak di lereng-lereng bukit.

Dilapurkan oleh Prof Madya Dr Abdul Karim Russ Hassan, Pariaman, Sumatra Barat.

 
PROF MADYA DR. ABDUL KARIM KETUAI MISI 7 KE PADANG PDF Print E-mail

Ahad, 8hb November 2009, Pasukkan Perubatan  Bergerak Malaysia Relief Agency  (MRA)  di ketuai oleh Prof. Madya Dr Abdul Karim Russ Hassan dari Univeraiti Kuala Lumpur Royal College Of Medicine Perak (UNIKLRCMP) Ipoh, Perak. Pasukan   dari UNIKL RCMP adalah Dr Jefri  Irwan Harris Gunawan sebagai Pegawai Perubatan, Encik Noorul Hilal Jurij sebagai Kounselor dan  Encik Abdul Rahim sebagai Pembantu Farmasi.  Bidang kejururawatan terdiri dari   dua orang  Jururawat dari Pusat Rawatan Islam (Shafikah dan Nur Atikah) dan seorang dari Pusat Al -Islam (Shafikah) dari Kuala Lumpur.  Haji Hani Yang Kasim sebagai coordinator dari MRA bersama Sherin Begum Ahli Exco MRA  turut serta untuk memastikan program berjalan lancar.

Pasukan MRA bergerak dari Sekretariat Padang Pariaman mulai jam 9.00 pagi waktu Indonesia untuk ke lokasi pagi di Tabing Runtuh di Pariaman Selatan. Di sebelah pagi  pemeriksaan dan rawatan perubatan terdiri dari 106 kanak kanak dan orang dewasa. Perkhidmatan kaunseling di berikan kepada mangsa gempa bumi yang masih mengalami trauma dari kehilangan ahli keluarga. Kebanyakan golongan dewasa dan tua mengadu sakit sendi dan otot otot. Ada di kalangan mereka mengalami sakit darah tinggi. Dikalangan kanak kanak ada yang mengalami jangkitan saluran pernafasan, sakit kulit  dan rawatan untuk cacing.

Pada sebelah petangnya pasukan perubatan telah menuju ke Kota Raju Nan Sabaris untuk rawatan seramai 120 orang pesakit. Sambutan di kalangan penduduk adalah diterima baik  oleh belbagai peringat umor.

Dilapurkan oleh Prof Madya Dr Abdul Karim Russ Hassan, Pariaman, Sumatra Barat

 
SEKRETRIAT MRA DI PADANG PARIAMAN MULA BEROPERASI PDF Print E-mail

Sekretariat MRA Padang Pariaman terletak 21 km daripada Bandar Udara (Bandara/airport) Minangkabau, Padang sekiranya melalui jalan pintas iaitu melalui kampung-kampung kecil.  Keadaan jalannya kurang baik.  Perjalanan memakan masa lebih kurang 40 minit.  Namun, mengikut jalan biasa, jaraknya bandara ke Pariaman ialah 43 km dengan perjalanan memakan masa lebih kurang sejam.  Bandar Padang pula terletak 15 km daripada bandara.  Jarak Kota Pariaman ke Kota Padang adalah sejauh 60 km.

Menurut masyarakat tempatan, alhamdulillah, MRA adalah antara NGO yang paling dikenali di Padang khususnya Pariaman.  Ianya dikenali atas 2 faktor utama, iaitu kerana menjalankan Klinik Bergerak dan telah mula membina Rumah Segera.  Oleh itu, maka ramailah yang menaruh harapan agar kampung mereka juga menjadi pilihan MRA untuk mengadakan Klinik Bergerak dan diberikan binaan Rumah Segera.  Dikatakan perawatan dan perubatan dari Malaysia sangat disenangi kerana mempunyai doktor-doktor yang pakar serta memberikan kepada mereka ubat-ubatan yang baik dan berkualiti tinggi.  Sepertiaman yang dibincangkan baru-baru ini, Klinik Bergerak wajar diteruskan mungkin bagi tempoh 2 bulan lagi.  Namun, ianya tertakluk kepada keupayaan dana dan samada adanya sukarelawan yang boleh memberikan khidmat.  Juga, masih banyak NGOs tempatan dan antarabangsa lain yang memberikan pelbagai bantuan.

Read more...
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 Next > End >>

Page 1 of 4