|
MSU BANTU LAGI RM50,000.00 BANTU PAKISTAN |
|
|
|
|
SHAH ALAM 4 Sept. (Utusan Malaysia) - Dana Kemanusiaan Pakistan menerima suntikan baru apabila Universiti Sains dan Pengurusan (MSU) menyumbang RM50,000 lagi untuk membantu mangsa banjir di Pakistan.
Ini menjadikan sumbangan daripada MSU untuk dana tersebut setakat ini berjumlah RM80,000 selepas universiti itu mendermakan RM30,000 kepada Malaysian Relief Agency (MRA) sebelum ini.
Sumbangan terbaru daripada kakitangan serta para penuntut universiti itu diserahkan Presiden MSU, Prof. Datuk Mohd. Shukri Ab. Yajid pada majlis ringkas di universiti tersebut di sini hari ini.
Setiausaha Agung MRA, Dr. Mohd. Daud Sulaiman menerima sumbangan tersebut bagi pihak dana tersebut.
Utusan Malaysia adalah akhbar rasmi program tersebut.
|
|
Read more...
|
|
|
DATO'-DATO' LEMBAGA LUAK JEMPOL BERI SUMBANGAN |
|
|
|
|

SEREMBAN 1 Sept 2010 - Seramai 15 orang Dato'-Dato' Lembaga Luak Jempol menyampaikan sumbangan sebanyak RM5,000 bagi Dana Kemanusiaan Pakistan Kumpulan Utusan dan Malaysian Relief Agency (MRA) dalam satu majlis berbuka puasa di Hotel Royale Bintang, di sini malam tadi.
Sumbangan itu disampaikan Setiausahanya, Dato' Umbi Ramli Md. Yusop kepada wartawan Utusan Malaysia, Norazliza Ismail sebagai menyatakan rasa simpati dengan apa yang berlaku ke atas rakyat Pakistan yang ketika ini dilanda bencana banjir besar.
''Sekurang-kurangnya sumbangan yang dihulurkan ini dapat meringankan beban mereka, apatah lagi menjelang sambutan Aidilfitri minggu hadapan," kata Ramli di sini, malam tadi.
|
|
Read more...
|
|
USAHA BANTU MANGSA BANJIR |
|
|
|
|
KUALA LUMPUR 28 Ogos (Mingguan Malaysia) - Kumpulan Utusan dan Malaysian Relief Agency (MRA) melancarkan Dana Kemanusiaan Pakistan untuk membantu rakyat negara itu yang terjejas teruk akibat bencana banjir.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin berkata, pelancaran dana ini pada bulan Ramadan diharap dapat menarik perhatian orang ramai untuk menderma dan bersedekah kepada mangsa-mangsa banjir di negara berkenaan.
|
|
Read more...
|
|
MALAYSIA HANTAR 2 PEGAWAI BANTUAN KE PAKISTAN |
|
|
|
|
KUALA LUMPUR 16 Ogos 2010 - Dua pegawai penyelaras Agensi Bantuan Malaysia (MRA) akan berlepas ke Pakistan Khamis ini bagi meninjau dan menguruskan penghantaran bantuan untuk mangsa-mangsa banjir di negara itu.
MRA menyatakan, kedua-dua mereka ialah Pengarah Perubatan, Dr. Shahrizal Azwan Samsudin dan Penyelaras Bantuan Kecemasan, Mohd. Shahrulazilan Said.
|
|
Read more...
|
|
MRA LANCAR TABUNG MANGSA BANJIR PAKISTAN |
|
|
|
|
KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Malaysian Relief Agency (MRA) Isnin melancarkan 'Tabung Mangsa Banjir Pakistan' buat berjuta-juta mangsa bencana banjir terburuk yang menimpa negara itu sejak Julai.
Presidennya Datuk Dr Abdul Razak Kechik berkata usaha ini dapat membantu MRA menyediakan dan menyalurkan bantuan kecemasan yang amat diperlukan seperti tempat berteduh (kanvas), selimut, pakaian, makanan, peralatan dapur, kit kebersihan dan ubat-ubatan.
|
|
Read more...
|
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 Next > End >>
|
|
Page 1 of 3 |