|
|
|
RAYUAN BANTUAN UNTUK MANGSA BANJIR DI PAKISTAN |
|
|
|
|
06 Ogos 2010
Saudara/Saudari yang budiman,
Assalamualaikum
Banjir yang sedang melanda Pakistan adalah yang paling teruk sejak 100 tahun melibatkan kawasan yang begitu luas hampir keseluruhan utara Pakistan dengan lebih daripada 1500 orang terkorban, 30,000 buah rumah telah hanyut dan hampir 4 juta orang telah dipindahkan. Keadaan banjir ini dijangka akan menjadi lebih teruk disamping tidak berapa lama lagi musim sejuk akan tiba.
Walaupun banyak pihak sedang membantu, tetapi banyak kawasan yang masih belum mendapat bantuan. Keperluan yang amat diperlukan termasuk khemah, selimut, pakaian, peralatan dapur, makanan, kit kebersihan (hygiene kit) dan ubat.
|
|
Read more...
|
|
Y.Bhg Tuan/Puan,
Assalamu alaykum wrh wbt.,
RAYUAN DANA RAMADHAN UNTUK TABUNG KEMANUSIAAN MRA
Didoakan semoga Tuan/Puan dilimpahi iman dan kesejahteraan dalam menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan, insyaAllah.
Malaysian Relief Agency (MRA) telah ditubuhkan atas keinsafan bahawa “sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat kepada orang lain” dimana khidmat bakti akan diberikan kepada mereka yang memerlukan bantuan. Justeru, kami telah memulakan berbagai aktiviti bantuan kemanusiaan dengan didokong oleh ahli jawatankuasa dan sahabat-sahabat MRA yang berpengalaman. Buat masa ini, kerja-kerja dalam negara antaranya adalah program kebajikan Orang Asli dan bantuan kepada pelarian dari Myanmar. Sebuah sekolah untuk kanak-kanak Rohingya di Cheras Baru telah ditubuhkan. Kami sedang merancang beberapa program lagi untuk golongan-golongan bermasalah di negara kita.
|
|
Read more...
|
|
RAWATAN PESAKIT DARI PALESTIN |
|
|
|
|
Sabtu, 18 Julai 2009
PENGENALAN
Malaysian Relief Agency (MRA) telah ditubuhkan pada awal tahun 2009. Kami dalam proses memperbadankan MRA di bawah Akta Pemegang Amanah [The Trustees Act (Incorporate) 1952)] sebagai satu Yayasan Amanah. Ahli-ahli Pemegang Amanah MRA adalah seramai 4 orang iaitu Dato’ Dr. Abdul Razak Kechik, Dr. Ishak Mas’ud, Dr. Mohd Daud Sulaiman dan Encik Shahran Kasim. Walaupun pendaftaran yayasan ini belum diluluskan, kami telah mendaftarkan Ikatan Amanah (Trust Deed) yayasan ini di mahkamah yang menjadikan pertubuhan kami sebuah pertubuhan yang sah.
Kami telah memulakan berbagai aktiviti di dalam dan luar negara kerana ahli-ahli jawatankuasa kami adalah orang aktif dalam pelbagai kerja kemasyarakatan dan sesetengahnya juga merupakan aktivis dalam pertubuhan-pertubuhan yang sedia ada. Ahli-ahli kami mempunyai banyak pengalaman dalam kerja-kerja kemasyarakatan di peringkat dalam dan luar negara. Buat masa ini, kerja-kerja dalam negara antaranya adalah program-program kebajikan Orang Asli dan bantuan kepada masyarakat Rohingya. Sebuah sekolah untuk kanak-kanak Rohingya di Cheras Baru telah ditubuhkan.
|
|
Read more...
|
|
|
|
|
|