PROGRAM TEMPATAN
PROGRAM TAUTAN KASIH 4 (RAMADHAN) POS BERSIH PDF Print E-mail

Jumaat 27 Ogos 2010: Perjalanan ke Perkampungan Orang Asli di Pos Bersih Slim River, Perak di mulai seawal lebih kurang pukul 10:30 pagi. Seramai 3 orang sukarelawan kumpulan pertama, dengan menaiki sebuah pacuan empat roda tiba di Sekolah Kebangsaan Pos Bersih yang merupakan destinasi utama sekaligus merangkap tempat penginapan kami sepanjang program ini diadakan. Barang-barang keperluan yang dibawa untuk digunakan sepanjang program dikumpulkan dan disusun di kantin.

Kumpulan seterusnya tiba lebih kurang pukul 5.30 petang yang diketuai oleh En.Rezaidi Ishak. Kami berbuka puasa di pekan Ulu Slim yang berhampiran. Selepas itu kami pulang semula ke sekolah dan solat tarawih berjemaah dengan diimami oleh salah seorang sahabat MRA, sdr. Faiz Yusof. Kumpulan terakhir yang seramai 4 orang telah selamat tiba di destinasi lebih kurang pukul 10.00 malam. Secara keseluruhannya program ini telah disertai oleh 13 orang siswa-siswi pelbagai latar belakang IPT iaitu dari Universiti Al-Azhar, MSU,UIA,dan Uniten serta 12 orang sahabat MRA dengan jumlah keseluruhan seramai 25 orang sukarelawan telah terlibat. Selesai solat tarawih, khemah-khemah didirikan dan semua peserta berehat awal bukan sahaja kerana keletihan, bahkan sebagai persediaan untuk program pada keesokkan harinya.

Sabtu 28 Ogos 2010: Program pagi ini di mulai seawal jam 8 pagi dengan modul yang pertama iaitu 3M.Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan. Sasaran pertama kami pada pagi tersebut ialah kanak-kanak. Alhamdulillah, walaupun jumlah kanak-kanak yang hadir hanya 27 orang dan tidak mencapai sasaran 30 orang, namun program tersebut terlaksana dengan jayanya.

Namun, modul KEDAP dan sukaneka pada hari tersebut tidak dapat djalankan dan terpaksa ditunda pada keesokkan harinya kerana terdapat sedikit masalah teknikal. Walaubagaimanapun, latihan membuat karipap di kalangan kaum wanita dapat dijalankan dengan baik hasil komitmen daripada semua sukarelawan dan juga penglibatan seramai 10 orang wanita dari komuniti orang asli. Pengagihan makanan seperti bihun goring dan kurma turut diagihkan kepada penduduk orang asli terutamanya kanak-kanak .

Ahad 29 Ogos 2010: Program disambung semula seawal jam 9 pagi di Pos Bersih 3. Di sana, sukaneka dan Modul KEDAP telah dijalankan, malah mendapat sambutan yang baik daripada penduduk di sana dengan kehadiran seramai 15 orang asli. Manakala untuk sukaneka juga meriah dengan penglibatan kanak-kanak orang asli seramai 36 orang. Selain itu, klinik bergerak turut dijalankan di sana. Klinik perubatan ini diketuai oleh Dr. Mohd Daud Sulaiman dengan dibantu oleh 4 jururawat daripada Pusat Perubatan Kajang Plaza, Hospital Pakar Damansara dan Hospital Pakar Al-Islam. Seramai 80 orang penduduk telah mendapatkan rawatan di klinik tersebut.

Klinik bergerak ini diadakan di ketiga-tiga gugusan kampong Pos Bersih di samping pengagihan barangan keperluan seperti beras, sardin, teh, gandum, susu, dan biskut kepada penduduk kampung. Program kali ini berakhir sekitar jam 2 petang. Selepas solat zohor, kami mula berkemas untuk pulang. Tepat jam 4.30 petang, kami bertolak pulang dan tiba di Kuala Lumpur sekitar jam 6 petang.

 

 

Ditulis: Muhamad Khairul Anam Bin Ramdan

Sumber: Sekretariat MRA

 

 

 
TAUTAN KASIH PDF Print E-mail

Slim River 30 April 2010 : Seramai 15 orang relawan MRA bertolak ke Pos Bersih, Slim River Perak sebagai susulan program tauatan kasih bersama masyarakat orang asli disana. Kami bertolak lebih kurang jam 6:00 petang dan tiba disana sekitar jam 10:00 malam. Kehadiran kami disambut oleh wakil penduduk yang mesra dengan panggilan Pak Mat.

Khemah didirikan serta makanan dimasak oleh para peserta. Sebahagian dari para sahabat bermalam di rumah keluarga Pak Mat. Kami mengakhiri malam itu dengan berehat kerana masing-masing kepenatan.

Read more...
 
KELAS LITERASI DEWASA PDF Print E-mail

MRA telah memulakan kelas literasi untuk wanita Rohingya di Cheras pada 3 dan 4hb April 2010. Kelas tersebut mendapat sambutan yang baik dari wanita-wanita Rohingya. Mereka akan diajar membaca, menulis dan berkomunikasi.

Mereka diajar oleh Pn Saadiah yang berpegalaman. Mengikut penilaian awal beliau, dari 24 orang yang hadir hanya 4 orang yang mempunyai kebolehan membaca dan menulis. Yang lain-lain tidak boleh membaca atau mengenal abjad dan tidak boleh menulis. Ada juga yang tidak boleh bercakap dan tidak ada  kefahaman Bahasa Malaysia. Ini menjadi satu cabaran bagi guru, murid dewasa dan sukarelawan yang membantu.

Semasa kelas dijalankan, ada penjaga dan sukarelawan yang bantu menjaga anak-anak. MRA ingin mengucapkan terima kasih kepada semua sukarelawan yang bantu melicinkan perjalanan program.

Galeri Foto

 
PROGRAM KESIHATAN ORANG ASLI DI SLIM RIVER, PERAK PDF Print E-mail

Malaysian Relief Agency MRA telah menjalankan satu program kesihatan di Perkampungan Orang Asli di Pos Bersih, Slim River, Perak. Program ini adalah satu program bersama beberapa NGO lain iaitu Biro Kesihatan ABIM dan Islamic Outreach ABIM. Program 3 hari ini telah diadakan dari 15 hingga 17 Januari 2010. Program ini diketuai oleh Dr Shahrizal Azwan Bin Samsudin selaku Exco Latihan dan Sukarelawan, MRA.

Di samping pemeriksaan kesihatan, program ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta latihan pada 35 orang peserta termasuk 11 orang pelajar Malaysia yang menuntut di dalam jurusan perubatan dari di Universitas Sumatera Utara (USU) dan sahabat MRA yang berjinak-jinak dengan kerja-kerja serta usaha-usaha membantu komuniti.

Read more...
 
MRA TUBUH PUSAT BANTUAN BANJIR DI PANTAI TIMUR PDF Print E-mail

Kota Bharu, 2 Disember – Malaysian Relief Agency dengan kerjasama Skuad Prihatin ABIM, ABIM Kelantan dan Briged Bakti telah menubuhkan Pusat Bantuan Banjir untuk mengkoordinasi aktiviti-aktiviti menghulur bantuan banjir kepada penduduk yang terlibat. Disamping itu, Pusat ini juga akan berfungsi sebagai pusat pengumpulan barang-barang bantuan seperti makanan, pakaian, selimut dan peralatan-peralatan yang diperlukan semasa banjir. Buat permulaan, pihak MRA telah menyediakan 50 bungkus bahan-bahan makanan segera seperti gula, kopi, biskut, minyak masak dan tepung. Pihak ABIM Kelantan pula telah menyumbang 50 kampit beras seberat 5 kg setiap kampit. Bantuan ini akan diedarkan ke tempat-tempat yang telah dikenalpasti pada keesokan harinya.

Menurut Sdr Shahran Kasim, Pengarah Eksekutif MRA, selain daripada menyalurkan bantuan makanan kepada mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan, misi bantuan ini juga ingin melatih para sukarelawan khususnya dari genarasi muda untuk terlibat dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan. Diharapkan dengan latihan dan pendedahan yang diberikan, mereka akan lebih bersedia untuk terlibat sama dalam misi-misi bantuan yang akan datang samada di dalam ataupun diluar negara.

Read more...
 
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>

Page 1 of 2