|
|
|
LAWATAN PRIHATIN JAIS KE PADANG, SUMATERA BARAT |
|
|
|
|
Pariaman, 19 April 2010 – Satu Lawatan Prihatin Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke Padang, Sumatera Barat telah dijalankan pada 16 – 19 April 2010 bagi menyampaikan sumbangan kepada mangsa gempa bumi yang menimpa Sumatera Barat pada September 2009. Ahli-ahli rombongan seramai 19 orang terdiri daripada pegawai dan kakitangan daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Masjid Negeri Selangor, Pejabat Agama Daerah Klang, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Selangor dan sebuah Syarikat Perunding Kejuruteraan Awam. Malaysian Relief Agency (MRA) telah menjadi tuan rumah bagi lawatan prihatin di Sumatera Barat ini. Dana sejumlah RM143,621.61 telah disampaikan dalam pelbagai bentuk termasuk mesin jahit di Pariaman; dana pembinaan Rumah Syukur di Pariaman dan Maninjau; dana pembiayaan pelajar anak yatim dan miskin di Pesantren TAPUZ, Pariaman; dana pembinaan asrama di Pesantren Buya HAMKA; dan dana pembinaan jalan ke tapak baru Pesantren Buya HAMKA, Maninjau.
|
|
Read more...
|
|
CATATAN EKSPLORASI & MISI BANTUAN KEMANUSIAAN 2010, SUMATERA BARAT INDONESIA |
|
|
|
|
12 Mac 2010, Jumaat Sesi Ta'aruf : SUN memulakan sesi ta'aruf dan YDP ABIM Selangor menyampaikan beberapa amanat sebelum bertolak. Penginapan pertama kami ialah di Masjid As-Sobirin, terima kasih kepada ABIM Kuala Langat yang menyediakan penginapan dan seterusnya pengangkutan ke LCCT.
13 Mac 2010, Sabtu LCCT : Jam 5.00pagi kami telah daftar masuk, solat Subuh secara berjamaah di Surau LCCT dan seterusnya 'boarding' pada jam 7.00 pagi untuk menaiki Air Asia. Ketibaan kami di Bandar Udara (Bandara) @ Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, Padang Indonesia disambut mesra oleh Tim MRA, Pak Irfan dan Pak Yusman.
Ziarah Masyarakat & Kajian Budaya @ Taman Asuhan Pendidikan Ulama' Zuamak (TAPUZ) : Antara aktiviti yang kami adakan adalah gotong-royong membersihkan kawasan surau dan program motivasi kepada pelajar di sini. YDP diberi kesempatan juga untuk memberi sepatah dua kata dan tazkirah pada perjumpaan pertama ini. Kami juga sempat makan dan solat bersama anak-anak santri/murid, para guru dan AJK Yayasan. Uniknya pelajar di sini ialah mereka cepat mesra dan tinggi ilmu bahasanya, malah sungguh berkeyakinan walaupun hidup dalam serba kesederhanaan. Ketika ini pembiayaan dan perjalanan TAPUZ diselenggarakan oleh MRA dan dana yang berterusan sangat diperlukan untuk kelangsungan TAPUZ ini.
|
|
Read more...
|
|
MANINJAU, 29 November 2009 – Seramai 27 orang kanak-kanak lelaki berumur antara 6 hingga 11 tahun selamat disunatkan secara beramai-ramai dalam satu majlis yang dinamakan Sunatan Massal (Program Sunat Beramai-ramai). Para peserta adalah di kalangan kanak-kanak daripada desa-desa di sekeliling Danau Maninjau. Program ini berlangsung di Tekka (Tadika) Aisyiyah Bustanul Athfal, Jorong Nagari, Kecamatan Tanjung Raya, Sei Batang Maninjau, Sumatera Barat. Kedudukan tadika ini adalah di lereng bukit bersebelahan dengan Danau Maninjau dan oleh itu panorama atau pemandangannya sangat indah!
Program ini telah dilaksanakan secara bersama di antara Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia (DDII), Medical Emergency Rescue Committee Indonesia (Mer-C), Aksi Cepat Tanggap (ACT) dan Malaysian Relief Agency (MRA). Apa yang menarik ialah para petugas disambut dengan Adat Minang iaitu permainan Gendang Tambur yang merupakan alat yang digunakan untuk hari-hari yang tertentu atau menyambut orang kenamaan. Para petugas dijamu dengan hidangan Nasi Padang dan durian.
|
|
Read more...
|
|
Gempa bumi berukuran 7.9 skala Ritcher yang menggegarkan Sumatera Barat khususnya di kawasan Padang Pariaman telah mengorbankan hampir 1200 jiwa rakyat Indonesia dan 3000 mangsa masih gagal dijumpai. Dikala negara yang mempunyai majoriti umat Islam paling ramai di dunia masih lagi dalam suasana meraikan kemeriahan sambutan Aidilfitri, kegembiraan sambutan lebaran tersebut bagaikan disentap secara tiba-tiba. Kejadian gempa yang berlaku pada 10 syawal iaitu pada 30 September telah meranapkan rumah kediaman, hospital, pejabat kerajaan dan kedai-kedai. Malah anak-anak menjadi yatim piatu, saudara mara kehilangan keluarga tercinta serta kemusnahan harta benda.
Ibarat kata pepatah “Sudah jatuh ditimpa tangga”. Begitulah nasih rakyat Indonesia yang sering dilanda bencana. Ini kerana pada Mei 2006, satu kejadian gempa bumi telah menggoncangkan penduduk bumi Yogyakarta. Malah peristiwa yang tidak dapat dilupakan oleh seluruh penduduk dunia adalah Tsunami yang telah melumpuhkan seluruh Banda Acheh dan meragut ratusan ribu manusia pada 2004. Kedudukan muka bumi Indonesia yang berada di dalam lingkaran gunung berapai menjadi salah satu faktor penyumbang kekerapan kejadian bencana alam.
|
|
Read more...
|
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 Next > End >>
|
|
Page 1 of 5 |