Malaysian Relief Agency (MRA)

BOSNIA

Bantuan Sejak :
2013


Berikutan hujan yang berterusan sejak dari 13 Mei yang lalu, telah menyebabkan banjir besar di Bosnia & Herzegovina. Banjir yang terjadi dianggap adalah yang terburuk sepanjang 120 tahun. Dianggarkan satu pertiga ditenggelami air terutama di timur laut BiH dan menurut kerajaan lebih sejuta penduduk terlibat dengan bencana ini. Bencana besar ini turut menyebabkan jalan-jalan utama dan bekalan elektrik terputus.

Selain itu, banjir ini telah menyebabkan hampir 300 tanah runtuh yang menimbus ribuan rumah dan kenderaan. Ia turut menyukarkan lagi penyaluran bantuan terutama di kawasan-kawasan pendalaman. Kejadian tanah runtuh ini juga mendatangkan risiko kepada kecederaan dan kemalangan jiwa berikutan periuk api yang telah dikenalpasti sebelum ini telah berubah lokasi. Penanda pada kawasan-kawasan periuk api juga telah hanyut dibawa air dan tenggelam dalam runtuhan tanah. Kerajaan Bosnia telahpun mengishtihar darurat dan memohon bantuan antarabangsa bagi membantu mangsa.

Kebanyakan kawasan yang dilanda banjir adalah di kawasan-kawasan pertanian di pendalaman, bidang pertanian adalah paling teruk terjejas.

Keperluan yang mendadak ialah bantuan kecemasan seperti; Pek makanan Pek Kebersihan.

Fasa mencari dan menyelamat masih lagi berjalan dalam keadaan sukar berikutan kerosakan jalan dan lain-lain infrastruktur. Terdapat kawasan yang hanya boleh diakses dengan menggunakan bot dan helikopter sahaja.

Jaringan MRA telah mengadakan pertemuan dengan pihak Kedutaan Bosnia di Kuala Lumpur pada 20hb Mei (Rabu) yang lalu diketuai oleh Tn. Hj. Khairil Annuar. Pertemuan ini telah berjalan hampir dua jam dan Tarik Burvic, Duta Besar Bosnia berterima kasih kepada pihak MRA kerana prihatin dengan keadaan yang melanda. Beberapa perkara hasil perbincangan ialah; Setakat ini tiada mana-mana NGO Malaysia bertemu beliau dan bergerak membantu Bosnia. Pihak kedutaan tiada halangan MRA untuk bekerjasama dengan mana-mana NGO selagi mana untuk membantu mangsa banjir. Akaun sumbangan rasmi kerajaan Bosnia untuk mangsa banjir ialah di Bosnia Red Cross. MRA juga telah berhubung dengan pihak Alumni Pelajar Bosnia UIA yang kini sedang menggerakkan misi bantuan.

Bahagian Bantuan Kecemasan dan Logistik mencadangkan supaya Exco mempertimbangkan keperluan membantu Bosnia. Melancarkan tabung banjir.

ALAMAT

PROGRAM KAMI

SUMBANGKAN KEPADA KAMI

Malaysian Relief Agency
5640 9820 6365

Malaysian Relief Agency Foundation
86000 59478

Malaysian Relief Agency Foundation
39885 91608

Malaysian Relief Agency

C 45 - 2, 
Jalan Danau Lumayan,
Bandar Sri Permaisuri,
56000 Cheras,
Kuala Lumpur, MALAYSIA.
+603 - 9174 4672 (Tel)
+603 - 9174 6672 (Fax)
+6013 - 337 1672 (WHATSAPP / SMS)

EMEL KEPADA KAMI

admin@mra.my