Malaysian Relief Agency (MRA)

FILIPINA

Bantuan Sejak :
2013
Taufan Haiyan yang juga dikenali oleh penduduk setempat di Filipina sebagai Taufan Yolanda dengan kekuatan 235 mph telah melanda wilayah tengah Filipina terutama di Pulau Cebu, Pulau Samar dan Pulau Leyte meninggalkan lebih dari 600,000 orang terjejas kehidupannya dan lebih dari 1200 orang telah dilaporkan terkorban. Bilangan yang terkorban dijangka meningkat dan dianggarkan mampu mencapai jumlah 10,000 nyawa.

Taufan ganas ini telah melanda enam wilayah tengah Filipina pada hari Jumaat lalu, menerbangkan seterusnya meranapkan bangunan dan rumah-rumah berdekatan pantai. Sekurang-kurangnya 118 orang telah disahkan terbunuh di Pulau Leyte dimana bandar Tacloban terletak. 

Prasarana asas seperti elektrik, telekomunikasi dan jalanraya terjejas teruk dibeberapa buah daerah. Menyukarkan petugas bantuan kemanusiaan untuk masuk ke pendalaman dan kawasan terjejas teruk bagi menghulurkan bantuan. Kekurangan makanan, minuman serta tempat tinggal menjadikan kehidupan semakin sukar buat mangsa taufan tersebut. Dilaporkan juga, kebanyakkan mangsa masih lagi dalam keadaan trauma dan terkejut dengan apa yang berlaku. 

MRA telah mengambil ketetapan untuk menghantar pasukan bantuan dalam masa yang terdekat ke Pulau Cebu bagi membantu penduduk dan mangsa yang ditimpa musibah ini. Petugas MRA akan terlibat dalam menguruskan bantuan kecemasan kepada para penduduk yang amat memerlukan di lapangan. Kami akan memastikan segala bantuan yang disalurkan oleh rakyat Malaysia melalui MRA akan disampaikan kepada sasarannya. MRA akan menumpukan bantuan kami terhadap pengagihan bantuan makanan, minuman dan perubatan dalam tempoh terdekat ini.

MRA juga telah memperuntukan dana kecemasan sebanyak RM50 ribu untuk kerja-kerja awal penghantaran bantuan ke kawasan yang terjejas teruk ini. Bagi memastikan lebih banyak bantuan dapat disalurkan secara berkesan kepada mereka yang memerlukan, kami amat mengalu-alukan sumbangan orang ramai terhadap mangsa taufan ini.

ALAMAT

PROGRAM KAMI

SUMBANGKAN KEPADA KAMI

Malaysian Relief Agency
5640 9820 6365

Malaysian Relief Agency Foundation
86000 59478

Malaysian Relief Agency Foundation
39885 91608

Malaysian Relief Agency

C 45 - 2, 
Jalan Danau Lumayan,
Bandar Sri Permaisuri,
56000 Cheras,
Kuala Lumpur, MALAYSIA.
+603 - 9174 4672 (Tel)
+603 - 9174 6672 (Fax)
+6013 - 337 1672 (WHATSAPP / SMS)

EMEL KEPADA KAMI

admin@mra.my