Malaysian Relief Agency (MRA)

MESIR

Bantuan Sejak :
2011
MRA mengikuti dengan penuh prihatin perkembangan yang berlaku di Kaherah, Mesir. MRA berharap suasana akan kembali aman dan tenteram.

Beberapa pihak telah menghubungi MRA untuk turut sama memberikan bantuan khususnya kepada para pelajar yang berada di dalam trauma dan ketrakutan. Justeru, Presiden MRA  telah berlepas untuk meninjau dengan lebih terperinci permasalahan yang dihadapi oleh para pelajar dan warganegara Malaysia di sana.

Di antara bantuan - bantuan yang telah dikenalpasti adalah :-

  • Bantuan kaunseling menghadapi trauma dan ketakutan.
Dilaporkan beberapa pelajar mengalami trauma dan ketakutan akibat rompakan, bunyi senjata api dan keganasan yang berlaku. Pihak MRA telah mengenal pasti beberapa orang kaunselor yang berpengalaman untuk memberikan khidmat kaunseling.

  • Bantuan makanan.
Dilaporkan juga bekalan makanan sekitar Kaherah sangat berkurangan dan harga yang meningkat tinggi. Pihak MRA mengenal pasti beberapa sumber untuk memastikan bekalan makanan kepada pelajar - pelajar Malaysia sentiasa mencukupi.

  • Koordinasi dengan berbagai pihak.
Pihak MRA akan menubuhkan sekretariat sementara untuk melicinkan perhubungan dan koordianasi dengan semua pihak terutamanya pihak penjaga, pegawai kedutaan Malaysia, para pegawai Mesir di Kaherah dan juga agensi - agensi yang berkaitan.

ALAMAT

PROGRAM KAMI

SUMBANGKAN KEPADA KAMI

Malaysian Relief Agency
5640 9820 6365

Malaysian Relief Agency Foundation
86000 59478

Malaysian Relief Agency Foundation
39885 91608

Malaysian Relief Agency

C 45 - 2, 
Jalan Danau Lumayan,
Bandar Sri Permaisuri,
56000 Cheras,
Kuala Lumpur, MALAYSIA.
+603 - 9174 4672 (Tel)
+603 - 9174 6672 (Fax)
+6013 - 337 1672 (WHATSAPP / SMS)

EMEL KEPADA KAMI

admin@mra.my