Malaysian Relief Agency (MRA)

NEPAL

Bantuan Sejak :
2015
Kegagalan Kerajaan Myanmar dalam menangani kemelut dalaman mereka sangat membimbangkan. Kaedah dan tindakan yang digunakan di dalam menangani isu penduduk Rohingya yang mendiami wilayah Arakan jelas menunjukkan sikap acuh tak acuh dan berdolak dalik mereka dalam hal ini. Sikap tutup sebelah mata terhadap keganasan yang dicetuskan oleh penduduk berbangsa Rakhine di sokong oleh kerajaan tempatan semakin ganas, zalim serta tidak berperikemanusiaan. Penindasan dan pembunuhan  berterusan yang direstui oleh Kerajaan Myanmar akan mengakibatkan kebanjiran pelarian Rohingya ke negara - negara jiran terdekat seperti Thailand, Malaysia dan Indonesia.
Larangan kemasukan bantuan kemanusiaan dalam bentuk bantuan perubatan, bantuan bukan makan (NFI) dn bantuan makanan (FI) cukup mendukacitakan dan ini adalah jelas penafian hak kemanusiaan penduduk Rohingya yang terus menerus  di tekan dan di tindas. Ianya juga seolah - olah seperti ada perancangan rapi bagi memastikan pendududk berbangsa Rohingya ini dikeluarkan terus dari bumi Arakan dan tidak kembali lagi.
Yang terbaru, kawasan Maung Daw di utra Arakan menjadi mangsa kerakusan puak Junta. 16 buah buah kampung telah dimusnahkan di kawasan tersebut menyebabkan 30,000 orang Rohingya terpaksa melarikan diri tanpa arah tujuan. Ada yang terpaksa hidup di tengah sawah padi tanpa perlindungan yang sempurna. Masalah ini semakin meruncing dengan musim sejuk yang melanda mereka tidak lama lagi. Mereka tidak dapat ke mana - mana untuk menyelamatkan nyawa mereka. Sempadan bangladesh sudah pun di tutup buat mereka dan berlayar melalui jalan laut seolah - olah  menempuh kematian buat mereka.
MRA sudah mengatur langkah - langkah yang sewajarnya bagi menghantar bantuan dalam bentu makanan dan bukan makanan (FI & NFI) ke kawasan yang dikenalpasti mempunyai jumlah pelarian dalaman (IDPs) yang ramai. Ini merupakan bantuan yang sangat diperlukan oleh para pelarian dalaman (IDPs) setelah merek melarikan diri dari kawasan kediaman mereka.
Untuk makluman, MRA telah terlibat dalam kerja - kerja membantu pelarian Rohingya ini sejak sekian lama, malah kami turut mempunyai pejabat operasi yang berpusat di Rangoon, Myanmar. MRA turut membuka sebuah sekolah rendah yang menampung pelajar Rohingya di Cheras Baru, Kuala Lumpur sejak tahun 2010 lagi. Kami turut mengadakan pemeriksaan kesihatan dan pergigian untuk komuniti dan anak - anak Rohingya dri semas ke semasa. Kami juga turut memberikan bantuan perubatan kepada pelarian Rohingya yang berada di kem - kem tahanan imigresen, terutamanya di wilayah utara Malaysia. Kmi turut bekerjasama dengan pihak UNHCR serta pelbagai agensi dan organisasi bantuan kemanusiaan dari dalam dan luar negara dalam isu pelarian Rohingya ini.
Justeru itu, bagi memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan kepada para pelaran Rohingya dengan sebaiknya, kami menyeru sokongan dan dokongan daripada anda semua khususnya yang budiman bagi menyalurkan sumbangan ke "TABUNG KEMANUSIAAN ROHINGYA" di akaun kami yang tertera di bawah.

ALAMAT

PROGRAM KAMI

SUMBANGKAN KEPADA KAMI

Malaysian Relief Agency
5640 9820 6365

Malaysian Relief Agency Foundation
86000 59478

Malaysian Relief Agency Foundation
39885 91608

Malaysian Relief Agency

C 45 - 2, 
Jalan Danau Lumayan,
Bandar Sri Permaisuri,
56000 Cheras,
Kuala Lumpur, MALAYSIA.
+603 - 9174 4672 (Tel)
+603 - 9174 6672 (Fax)
+6013 - 337 1672 (WHATSAPP / SMS)

EMEL KEPADA KAMI

admin@mra.my