Pada awal Mei 2015, satu (1) kejadian gempa bumi telah berlaku di kathmandu, Nepal dengan gegaran berukuran 7.9 skala ritcher yang telah meranapkan hampir kebanyakan bangunan dan kediaman penduduk Nepal. Lebih kurang 8,000 orang menjadi mangsa korban gempa bumi yang turut di sebut sebagai "Gempa Bumi himalaya".
Berikutan insiden tersebut, MRA telah menggerakkan pasukan bantuan bencana gempa bumi yang diketuai oleh exco MRA iaitu dr. Hyzan Yusoff. Tim peninjau telah dihantar bagi mengenalpasti bentuk bantuan yang boleh disalurkan serta kos bantuan yang akan disalurkan.
Setelah meneliti bantuan yang akan disalurkan, tim kedua dihantar yang juga merupakan tim perubatan bagi menyalurkan perubatan dan juga pengahantaran makanan kepada mangsa yang terjejas.