Malaysian Relief Agency (MRA)

SEKOLAH KOMUNITI ROHINGYA (SKR)
​"BERUSAHA PASTI BERJAYA"

Sekolah Komuniti Rohingya (SKR) ini mula ditubuhkan pada tahun 2009 di Kampung Cheras Brau, Kuala Lumpur. Pada permulaannya, sekolah ini di buka sebagai sekolah agama sahaja dan kemudiannya dijadikan sekolah pendidikan biasa.
Penubuhan ini bertujuan untuk memberi peluang kanak - kanak pelaran Rohingya di Malaysia. dapat menyiapkan diri untuk menghadai realiti kehidupan dan cabaran dunia masa kini.  Penglbatan MRA dalam pendidikan adalah seawal penubuhannya sendiri. Usaha menjalankan SKR ini dapat diteruskn melalui sumbangan para penderma yang budiman.
Pada tahun 2009, seramai 40 orang pelajar telah mua mengikuti pengajian di sekolah ini dan kini mempunyai seramai 91 orang pelajar di SKR. Moto SKR iaitu "Berusaha Pasti Berjaya" merupakan suatu refleksi daripada kanak - kanak pelarian itu sendiri yang ingin berusaha walaupun mereka terpaksa menjadi pelarian di negara orang lain dan oleh itu tidak mendapat peluang kepada pendidikan yang asas.
Pendidikan formal diterapkan sebaik mungkin dengan harapan agar ada di kalangan kanak - kank ini boleh melanjutkan pengajian ke peringkt universit atau sekurang - kurangnya dapat membaca dengan baik agar mereka dapat memahami apa yang mereka tandatangani. Antara aktiviti - aktiviti yang dijalankan adalah seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Kokurikulum Pendidikan Seni, Kelas Memasak, Pendidikan Islam dan sebagainya.
SKR diuruskan sepenuhnya oleh MRA dengan 5 orang tenaga pengajar sepenuh masa dan dikelolai oleh seorang Guru Besar.
Satu (1) Jawatankuasa Ibu Bapa dan Guru juga ditubuhkan supaya ibu bapa dan guru sama - sama dapat berusaha meringnkan dan melicinkan pelaksanaan program pendidikan sekolah dan bidang kurikulum, sahsiah dan budaya sekolah.
  1. Managing Director
  2. Managing Director
  3. Managing Director
  4. Managing Director

Kenapa perlu di bantu?

Konvensyen Mengenai Kanak - Kanak



Perkara 28 (Pendidikan)

Hak untuk mendapatkan pendidikan rendah, menengah, tinggi, vokasional dan keperluan bagi langkah - langkah untuk mengurangkan kadar keciciran.
Perkara 29 (Matlamat Pendidikan)

​Pendidikan harus menggalakkan pembangunan personaliti dan bakat kanak - kanak, persediaan untuk kehidupan yang bertanggungjawab, menghormati hk asasi manusia dan juga nilai - nilaibudaya dan negara kanak - kanak dan orang lain.
Sebagai manusia, kanak - kanak pelarian Rohingya berhak untuk mendapat pendidikan seperti kanak - kanak lain. MRA memerlukan dana untuk membiayai kos pendidikan yang terdiri daripada alat bantu mengajar, alat tulis, tenaga pengajar dan terasuk fasiliti sekolah untuk keselesaan bagi mereka menuntut ilmu.

ALAMAT

PROGRAM KAMI

SUMBANGKAN KEPADA KAMI

Malaysian Relief Agency
5640 9820 6365

Malaysian Relief Agency Foundation
86000 59478

Malaysian Relief Agency Foundation
39885 91608

Malaysian Relief Agency

C 45 - 2, 
Jalan Danau Lumayan,
Bandar Sri Permaisuri,
56000 Cheras,
Kuala Lumpur, MALAYSIA.
+603 - 9174 4672 (Tel)
+603 - 9174 6672 (Fax)
+6013 - 337 1672 (WHATSAPP / SMS)

EMEL KEPADA KAMI

admin@mra.my