Malaysian Relief Agency (MRA)

SOMALIA

Bantuan Sejak :
2011
Somalia adalah negara yang berada di antara 5 buah negara yang termiskin di dunia dengan mempunyai 10 juta orang penduduk. Rakyat negara ini adalah 99 % beragama Islam.

Akibat perang saudara yang berlarutan sehingga 30 tahun lamanya, negara ini tidak mampu untuk membangun sekiranya tidak menerima bantuan luar.

Dianggarkan pada suku ke - 3 tahun 2011, seramai 4 juta orang penduduknya menjadi pelarian dan kebanyakannya berada di selatan Somalia. Akibat kemarau yang berpanjangan, seramai 750 ribu orang berada di dalam kebuluran.

Pada pertengahan Ogos 2011, MRA telah menggerakkan Tabung Kemanusiaan Somalia dengan kerjasama Kumpulan Utusan (M) Berhad. Seminggu selepas pelancaran, MRA telah berjaya mengutip sumbangan lebih RM 100,000.00 sumbangan daripada orang ramai untuk membantu rakyat Somalia.

Bagi menunaikan amanah tersebut, MRA telah menghantar pasukan peninjau yang diketuai oleh Sdr. Shahrulazilan, Pengarah Eksekutif bersama Sdr. Sayid Abdulle. Tugas misi tertumpu kepadamenjalinkan hubungan dengan pihak kerajaan, jaringan dengan NGO, memilih tempat operasi dan sub-ordinat di samping menyampaikanbantuan kecemasan.

Pada 16 September 2011, MRA telah menghantar satu (1) lagi pasukan yang disertai oleh Mohd Iqbal, Tn. Hj. Hani, dan Sdr. Iyadz. Misi ini bertujuan untuk mengambil alih tugasan dari misi pertama dan seterusnya melakukan kaji selidik, koordinasi,mencadangkan program yang bersesuaian dan seterusnya melaksanakan program yang diluluskan oleh Sekretariat Pusat.

Setelah berkonsultasi dengan pelbagai pihak dan mengambil kira isu keselamatan, MRA telah membuka pejabat di ibu negeri Puntland iaitu di Garowe. Sebuah rumah yang mempunyai tiga (3) bilik dan bertembok simen, lengkap dengan kemudahan air dan elektrik di sewa dengan kos USD 400 sebulan.

ALAMAT

PROGRAM KAMI

SUMBANGKAN KEPADA KAMI

Malaysian Relief Agency
5640 9820 6365

Malaysian Relief Agency Foundation
86000 59478

Malaysian Relief Agency Foundation
39885 91608

Malaysian Relief Agency

C 45 - 2, 
Jalan Danau Lumayan,
Bandar Sri Permaisuri,
56000 Cheras,
Kuala Lumpur, MALAYSIA.
+603 - 9174 4672 (Tel)
+603 - 9174 6672 (Fax)
+6013 - 337 1672 (WHATSAPP / SMS)

EMEL KEPADA KAMI

admin@mra.my