Malaysian Relief Agency (MRA)

SUBKOMITI LATIHAN
& PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

Subkomiti Latihan dan Pembangunan Kemahiran MRA adalah unit yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap program yang melibatkan latihan, sukarelawan dan penyediaan modul – modul pelatihan. Setiap subkomiti yang berada di bawah MRA akan melaporkan dan meminta nasihat daripada Unit Latihan dan Pembangunan Kemahiran sekiranya program atau aktiviti yang akan dijalankan melibatkan proses latihan dan sukarelawan MRA.

Pelbagai aktiviti dan program berbentuk latihan telah diadakan walaupun ianya dibawah subkomiti yang berbeza seperti Program Induksi, Bengkel Sukarelawan Perubatan, Latihan Asas Bantuan Kemanusiaan, Program Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan, Pendengaran dan Fizikal, Program Gelandangan, Latihan Perubatan di Lapangan dan sebagainya. Program – program latihan anjuran MRA uniknya menggabungkan pelbagai elemen menarik antaranya seperti di dalam program latihan, penekanan terhadap pembelajaran sukarelawan amat dititikberatkan.

Ianya bukan sahaja memberi latihan supaya menjadi seorang sukarelawan atau pekerja lapangan yang berpengetahuan dan berkemahiran, tetapi juga dapat membina sikap tanggungjawab, mewujudkan jati diri, integriti, keyakinan, kepimpinan, berusaha, kreatif dan inovatif serta melahirkan nilai murni dan kematangan dalam diri sukarelawan tersebut. 
  1. Managing Director
  2. Managing Director
  3. Managing Director

Malaysian Relief Agency
5640 9820 6365

Malaysian Relief Agency Foundation
86000 59478

Malaysian Relief Agency Foundation
39885 91608

SUMBANGKAN KEPADA KAMI

EMEL KEPADA KAMI

admin@mra.my

ALAMAT

Malaysian Relief Agency

C 45 - 2, 
Jalan Danau Lumayan,
Bandar Sri Permaisuri,
56000 Cheras,
Kuala Lumpur, MALAYSIA.
+603 - 9174 4672 (Tel)
+603 - 9174 6672 (Fax)
+6013 - 337 1672 (WHATSAPP / SMS)

PROGRAM KAMI