Malaysian Relief Agency (MRA)

SUBKOMITI PEMBANGUNAN OKU

Pengenalan

Program dalam Negara amat dititikberatkan oleh pihak MRA terutama sekali didalam menyantuni mereka yang ditimpa bencana serta mereka yang berkeperluan. Kumpulan sasar yang dikenalpasti adalah Orang Asli, pelarian Rohingya, OKU, gelandangan, miskin, anak yatim dan ibu tunggal.
Sub-Komiti Pembangunan OKU telah mula berfungsi pada akhir 2012 dengan menjalankan beberapa program dengan kumpulan sasar OKU penglihatan, pendengaran, fizikal dan pembelajaran.

Visi

Mewujudkan sebuah masyarakat inklusif untuk semua termasuk OKU melalui perkhidmatan berteraskan perkongsian dan kerjasama dalam komuniti.

Misi

Memperkasa golongan sasar OKU dan melakukan perubahan dalam masyarakat meliputi persekitaran dengan menyediakan perkhidmatan sokongan merangkumi pelbagai aspek kehidupan agar golongan ini dapat menjalani kehidupan secara samarata dan bermaruah.

Objektif

  • Mengenalpasti sistem sokongan terutama keperluan asas OKU berdasarkan pada kekurangan dan isu ketidakupayaan (halangan) yang dihadapi oleh golongan ini.
  • Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan meliputi aspek pendidikan, pemulihan dan pekerjaan untuk OKU terutama bagi kategori OKU pada kekurangan teruk (severe impairment).
  • Mewujudkan sukarelawan yang efisyen dan mampu menawarkan perkhidmatan berorientasikan pada keperluan OKU.
  • Mengadakan kerjasama pintar dan jaringan sosial dengan mana-mana pihak atau individu termasuk dalam kalangan OKU yang terlibat dalam pembangunan OKU.

Peranan

  • Mengadakan perbincangan secara berkala dengan pihak berkepentingan dalam pembangunan OKU bagi mengenalpasti isu dan merangka bentuk program/aktiviti yang bersesuaian mengikut keperluan semasa.
  • Sebagai medium atau wadah untuk golongan OKU termasuk pihak yang berkaitan langsung dengan OKU seperti ibubapa/penjaga mengetengahkan isu terutama dari sudut kemudahan/perkhidmatan dan dalam usaha untuk membentuk komuniti yang bersifat inklusif.
  • Menarik minat pihak yang berpotensi dalam pembangunan OKU tidak kira kerajaan mahupun swasta untuk menjalinkan hubungan dan kerjasama bagi mengerakkan program/aktiviti yang dirancang di bawah sub-komiti ini.​

Harapan

Semoga segala usaha yang dilakukan oleh sub-komiti ini mendapat sokongan dan dukungan daripada pelbagai pihak meliputi kerajaan, swasta dan bukan kerajaan termasuk individu yang mempunyai keinginan tinggi untuk sama-sama terlibat dalam pembangunan golongan OKU di Negara ini. 
Sesungguhnya, usaha yang dilakukan oleh sub-komiti ini merupakan pelengkap kepada segala usaha yang telah dan sedang dijalankan oleh banyak pihak terutama pihak kerajaan bagi memastikan komuniti OKU menikmati kehidupan samarata dengan orang upaya atas dasar hak (right base) sepertimana yang dinyatakan dengan jelas dalam Akta OKU 2008.  
Ucapan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah dan akan terlibat bersama-sama dengan sub-komiti ini untuk merancang dan melaksanakan program/aktiviti yang menjurus pada aspek pemerkasaan OKU (self empowerment) dan pengupayaan sosial (social enablement) yang terkandung dalam Pendekatan Trek Berkembar (Twin Track Approach) yang merupakan salah satu strategi berkesan untuk membangunkan komuniti OKU dalam sesebuah Negara. 

Program

Antara program/aktiviti yang telah dilaksanakan oleh sub-komiti ini adalah seperti berikut:
  • Kelas komunikasi menggunakan Bahasa Isyarat
  • Bantuan alat sokongan seperti kerusi roda
  • Program membincangkan mengenai kaedah pembelajaran serta penggunaan teknologi untuk memudahkan berkomunikasi, pergerakkan dll
  • Program-program berbentuk kemahiran untuk berdikari dan riadah
  • Program Masjid Inklusif
  • Program Sukarelawan Inklusif
  • Program Psiko Rehabilitasi (Kaedah Dousa Hou)
  • Program  bantuan pemulihan perniagaan bagi mereka yang terjejas akibat musibah banjir
  1. Managing Director
  2. Managing Director
  3. Managing Director
  4. Managing Director
  5. Managing Director

Malaysian Relief Agency
5640 9820 6365

Malaysian Relief Agency Foundation
86000 59478

Malaysian Relief Agency Foundation
39885 91608

SUMBANGKAN KEPADA KAMI

EMEL KEPADA KAMI

admin@mra.my

ALAMAT

Malaysian Relief Agency

C 45 - 2, 
Jalan Danau Lumayan,
Bandar Sri Permaisuri,
56000 Cheras,
Kuala Lumpur, MALAYSIA.
+603 - 9174 4672 (Tel)
+603 - 9174 6672 (Fax)
+6013 - 337 1672 (WHATSAPP / SMS)

PROGRAM KAMI