Malaysian Relief Agency (MRA)

SYRIA​​

Bantuan Sejak :
2012


Kemelut yang melanda Negara Syria semakin hari semakin parah. Jumlah penduduk Syria yang menjadi pelarian semakin meningkat. Mengikut bancian terkini badan dunia yang bertanggungjawab untuk pelarian, UNHCR, bilangan pelarian Syria yang berada di Mesir ialah seramai 107,112 di Turki pula adalah sebanyak 433,971 di lraq - 760,997 di Lebanon pula seramai 677 ,965 manakala di Jordan pula seramai 515,824.
Jumlah pelarian yang ramai berada disempadan negara-negara tersebut dikhuatiri akan terus meningkat dan bakal menimbulkan krisis kemanusiaan yang dahsyat kerana kekurangan sumber makanan dan juga ketiadaan kemudahan perubatan, terutamanya kepada wanita dan kanak-kanak serta orang tua yang tidak berdaya'
Mesyuarat EXCO MRA telah mengambil ketetapan untuk turut terlibat dan membuka Tabung Bantuan Kemanusiaan Syria bagi membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh para pelarian yang melarikan diri dari konflik yang sedang melanda negara mereka.

MRA telah mengenalpasti keperluan dan bentuk bantuan yang bakal disalurkan kepada para pelarian, malah satu pasukan peninjau yang diketuai oleh Timbalan Presiden MRA, Dr. lshak Mas'ud telahpun dihantar bagi mendapatkan gambaran sebenar keadaan para pelarian Syria yang berada disempadan negara jiran mereka'
MRA juga telah mengadakan perbincangan dengan beberapa organisasi berwibawa di luar negara bagi mendapatkan maklumbalas mengenai bentuk bantuan yang akan disalurkan kepada para pelarian yang berada di sempadan.

Setelah mengambilkira semua maklumat yang kami perolehi berdasarkan tinjauan dan perbincangan kami, MRA memutuskan akan menumpukan bantuan kepada tiga bentuk bantuan utama iaitu:-

1. BANTUAN KECEMASAN UNTUK KELUARGA PELARIAN
MRA akan membantu keluarga pelarian yang baru tiba dari Syria untuk memulakan kehidupan baru mereka di penempatan yang telah disediakan. Bantuan makanan asas seperti beras, tepung, minyak masak, gula dan lain-lain lagi akan disalurkan kepada mereka yang baru tiba. Bantuan lain seperti peralatan memasak, khemah, alas lantai, baldi, keperluan peribadi (sabun, berus gigi, tuala) juga akan disediakan mengikut keperluan setiap keluarga.

2. RAWATAN HARIAN/SUSULAN KEPADA MANGSA YANG TERCEDERA DAN SAKIT
MRA turut akan menyediakan pasukan perubatan yang bertanggungjawab untuk memberikan rawatan susulan kepada para pelarian yang tercedera mahupun sakit ketika dalam perjalanan ke sempadan. Rawatan susulan ini akan diadakan dari rumah ke rumah pesakit yang telah dikenalpasti. lni adalah kerana boleh dikatakan semua hospital yang sedia ada tidak mampu untuk menampung kehadiran pesakit yang ramai didalam wad.

3. BANTUAN PERALATAN PERUBATAN UNTUK HOSPITAL LAPANGAN
MRA juga akan membantu menghantar peralatan dan kelengkapan perubatan yang diperlukan oleh hospital-hospital lapangan yang terdapat didalam Syria. Terdapat ramai dari kalangan rakyat Syria yang cedera dan sakit, yang tidak berupaya untuk melarikan diri ke sempadan dan terperangkap dalam pertempuran diantara pihak yang bertelagah. Justeru, kita akan membantu menyediakan alat kelengkapan yang membolehkan mereka mendapat rawatan asas tanpa perlu pergi ke hospital untuk tujuan tersebut.

Suka dinyatakan disini, bahawa petugas MRA mempunyai pengalaman dan pernah terlibat dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan dibeberapa wilayah bergolak sebelum ini seperti di Somalia, Afghanistan, Sri Lanka dan Myanmar. Justeru, kami memahami tuntutan dan keperluan untuk bertindak secara neutral dan tidak berpihak kepada mana-mana pihak yang terlibat secara langsung didalam konflik yang berlaku. Misi bantuan yang bakal kami salurkan adalah misi kemanusiaan yang tidak bersangkut paut dengan sebarang agenda lain. MRA mengambil kesempatan ini untuk menyeru rakyat Malaysia yang budiman agar tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh para pelarian Syria ini. Mereka tidak meminta untuk berada dalam keadaan yang serba sulit ini tetapi ini adalah ujian yang ditimpakan Allah kepada mereka dan kita yang berada dalam keadaan aman dan tenteram, perlu mengambil iktibar disamping mensyukuri apa yang kita miliki hari ini.

ALAMAT

PROGRAM KAMI

SUMBANGKAN KEPADA KAMI

Malaysian Relief Agency
5640 9820 6365

Malaysian Relief Agency Foundation
86000 59478

Malaysian Relief Agency Foundation
39885 91608

Malaysian Relief Agency

C 45 - 2, 
Jalan Danau Lumayan,
Bandar Sri Permaisuri,
56000 Cheras,
Kuala Lumpur, MALAYSIA.
+603 - 9174 4672 (Tel)
+603 - 9174 6672 (Fax)
+6013 - 337 1672 (WHATSAPP / SMS)

EMEL KEPADA KAMI

admin@mra.my