Malaysian Relief Agency (MRA)

UCAPAN ALUAN PRESIDEN MRA

DR. MOHD DAUD BIN SULAIMAN
Assalamualaikum Wrh Wbt,

Alhamdulillah, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pucuk pimpinan presiden terdahulu, barisan Lembaga Pemegang Amanah (LPA), Exco dan warga kerja Malaysian Relief Agency (MRA) di atas lantikan saya sebagai presiden yang baharu. In syaa Allah, semoga Allah memberikan kekuatan dan petunjuk kepada saya untuk memikul amanah yang telah diberikan dengan sebaik mungkin.
Malaysian Relief Agency (MRA) telah ditubuhkan pada tahun 2009 dan telah didaftarkan di bawah Akta Pemegang Amanah 1952 (PPAB 20/2010) pada tahun 2010. MRA telah rancak beroperasi sejak tahun penubuhannya di dalam negara dengan pelbagai projek dan program seperti Pembangunan Komuniti Orang Asli, Pendidikan untuk Sekolah Komuniti Rohingya MRA, Projek Bekalan Air Bersih (Tube Well), Pembangunan Orang Kurang Upaya (OKU), Program Gelandangan, Klinik Lapangan, dan bantuan bencana alam seperti banjir, puting beliung, dan kebakaran. MRA juga telah beroperasi di lebih 12 buah negara untuk pelbagai misi dan projek antarabangsa.

Sungguhpun MRA telah bertapak beberapa langkah ke hadapan, segala keberhasilan dan kejayaan sesebuah program atau projek yang telah dijalankan adalah hasil sumbangan dan sokongan daripada masyarakat Malaysia, badan korporat dan rakan - rakan NGO tempatan serta luar negara yang prihatin. Saya akan memastikan MRA diurus tadbir dengan baik supaya pengurusan dalaman dan luaran MRA menjadi seimbang.

Selain itu, saya amat berharap akan lebih ramai generasi muda tampil sebagai sukarelawan MRA dan menjadi tulang belakang menggerakkan kerja - kerja kemanusiaan bersama MRA. Generasi muda ini akan menjadi pelapis kepada penggerak MRA dan sebagai sebuah organisasi bantuan kemanusiaan, MRA sentiasa memberi peluang, kepercayaan, dan sokongan kepada generasi muda ini, serta bersedia menerima idea - idea dan inovasi baru daripada mereka untuk meningkatkan keupayaan dan kemampuan MRA.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua kerana telah menyokong usaha murni Malaysian Relief Agency (MRA) dalam melaksanakan kerja - kerja bantuan kemanusiaan.​
Saya berharap MRA akan lebih cemerlang dan melebarkan sayapnya lebih jauh di mata dunia. In  syaa Allah.

Sekian, terima kasih.



"Sebaik -baik Manusia Adalah Mereka Yang Paling Bermanfaat Kepada Yang Lain"

ALAMAT

PROGRAM KAMI

SUMBANGKAN KEPADA KAMI

Malaysian Relief Agency
5640 9820 6365

Malaysian Relief Agency Foundation
86000 59478

Malaysian Relief Agency Foundation
39885 91608

Malaysian Relief Agency

C 45 - 2, 
Jalan Danau Lumayan,
Bandar Sri Permaisuri,
56000 Cheras,
Kuala Lumpur, MALAYSIA.
+603 - 9174 4672 (Tel)
+603 - 9174 6672 (Fax)
+6013 - 337 1672 (WHATSAPP / SMS)

EMEL KEPADA KAMI

admin@mra.my