Inisiatif MyCorps iaitu Inisiatif Generasi Y melalui Makmal Transformasi Pembangunan Belia. Makmal ini dilaksanakan hasil keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri menerusi hasil cadangan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia (JKPB) Siri 1 Bil.1/2010 yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri pada 3 Ogos 2010.
General Article
PEMIMPIN SUKARELAWAN NEGARA
MRA TERIMA PROTON EXORA
MALAYSIAN RELIEF AGENCY (MRA) telah menerima sebuah kenderaan pelbagai guna, Exora dari pengeluar kenderaan nasional yang terulung – PROTON pada hari Jumaat yang lepas.
Penyerahan kenderaan ini telah dilakukan oleh Pengerusi Proton, Dato Seri Nadzmi dalam sebuah majlis ringkas tetapi penuh bermakna di Pusat Kecemerlangan Proton di Shah Alam. Dato Dr. Abdul Razak bin Kechik telah mewakili MRA dalam majlis tersebut, turut hadir ialah Pengarah Eksekutif MRA, En. Mohd Shahrulazilan Said dan Pengurus Sekretariat MRA, Cik Fauziah Tahar.
MRA TURUT HADIR MEMBERI PENGHORMATAN DAN TAKZIAH
Serdang, 4 September 2011 - Jenazah Noramfaizul Mohd Nor, 39, jurugambar BernamaTV dan 54 anggota misi di Somalia selamat tiba dengan pesawat TUDM di Pangkalan TUDM Subang pada jam 10.05 pagi.
Dr Mohd Daud Sulaiman, Setiausaha Agung MRA bersama 4 orang lain Exco dan Penyelaras Projek Khas MRA turut hadir di Pangkalan TUDM Subang .
PELANCARAN PROGRAM "DEKAT DI MATA LEKAT DI HATI"
Kuala Lumpur, 3 Jun - Program "Dekat di Mata Lekat di Hati" telah dilancarkan oleh Malaysian Relief Agency (MRA) hari ini bersamaan 1 Rejab di Hospital Pakar Al Islam. Program ini adalah kelansungan program Ramadhan tahun lalu namun ia dilancarkan lebih awal dari sebelumnya. Ini berikutan Malaysian Relief Agency telah merancang untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan sebelum tibanya Ramadhan dan ia akan memberi lebih bermakna untuk mereka.
PROGRAM DAPUR MEDAN UNTUK MANGSA BANJIR DI PAKISTAN

Program : Dapur Medan (common kitchen)
Masa : 10-18 Sept 2010
Lokasi : Kampung Muslimabad,
Dagi Mukarram Khan,
Didargari,
Spalmwe,
Dagi Ghulam Kadir
di daerah Charsaddar, utara Pakistan.
PRESIDEN MRA BUAT KUNJUNGAN HORMAT KE PESURUHJAYA TINGGI PAKISTAN

Kuala Lumpur, 17 September 2010 Dato’ Dr. Abdul Razak Kechik, Presiden Malaysian Relief Agency (MRA) telah melakukan kunjungan hormat ke Pesuruhjaya Tinggi Pakistan di Kuala Lumpur hari ini. Beliau telah disambut mesra oleh Dr. Imtiaz A. Kazi, Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Pakistan di Malaysia.
Page 1 of 2












