Malaysian Relief Agency (MRA)

YAMAN

Bantuan Sejak :
2015


Konflik berterusan tanpa penghujung menyebabkan penderitaan rakyat Yemen makin meruncing. Sejak konflik berlaku pada Mac 2015, jumlah kematian telah mencecah hampir kepaa 4,900 orang manakala yang cedera melebihi daripada 24,950 orang. Lebih daripada 80% penduduk Yemen yang seramai 26 juta orang tersebut terjejs teruk dengan konflik ini dan sangat memerlukan bantuan. Mereka berada dalam kedan yang cukup sukar untuk mendapatkan bantuan makanan, elektrik, bekalan air bersih, petrol dan juga akses kepad perubatan.

Setakat ini, bantuan melebihi RM 330,000 telah disalurkan oleh MRA dan rangkaiannya di Yemen berupa bekalan air bersih sebanyak 72 trak tangki air berkapasiti 400 liter setiap satu di 14 buah kampung di bandar Sanaa, Taiz dan Aden serta makanan asas seperti beras, tepung, minyak masak, gula, kacang merah, kurma, makanan dalam tin dan lain - lain lagi. MRA mensasarkan untuk membekalkan 8 trak air bersih sebulan bagi setiap kampung.
Selain daripada terus menyalurkan bantuan bekalan air bersih dan bantuan makanan asas, MRA sedang merancang untuk menghantar bantuan alatan perubatan dan ubat - ubatan. Terkini, krisis kesihatan sangat membimbangkan di mana bekalan perubatan yang asas telah hampir habis bekalannya dan kerana itu semakin banyak hospital yang telah, antara lain, memberhentikan perkhidmatan tranfusi darah. Juga memandangkan musim sejuk akan tiba saban tahun, pakaian sejuk amat diperlukan oleh mangsa konflik ini.
Sebarang perancangan bantuan ini hanya akan dilaksankan sekiranya dana yang mencukupi dan berterusan dapat diperolehi. Oleh itu, orang dan semua pihak di rayu untuk menghulurkan bantuan bagi membantu mereka yang sangat memerlukan di Yemen ketika ini.

ALAMAT

PROGRAM KAMI

SUMBANGKAN KEPADA KAMI

Malaysian Relief Agency
5640 9820 6365

Malaysian Relief Agency Foundation
86000 59478

Malaysian Relief Agency Foundation
39885 91608

Malaysian Relief Agency

C 45 - 2, 
Jalan Danau Lumayan,
Bandar Sri Permaisuri,
56000 Cheras,
Kuala Lumpur, MALAYSIA.
+603 - 9174 4672 (Tel)
+603 - 9174 6672 (Fax)
+6013 - 337 1672 (WHATSAPP / SMS)

EMEL KEPADA KAMI

admin@mra.my