Masyarakat Bajau Laut


Sumber Google.com

Etnik bajau laut adalah golongan masyarakat pelaut yang majoritinya masih tinggal di pulau dan perahu di kepulauan Sabah. Mereka telah berada di Sabah bergenerasi lamanya.

Permasalahan ahli komuniti ini berpunca daripada kelahiran yang tidak didaftarkan sehinggakan hak mereka sebagai ‘rakyat’ negara ini terpinggir.

Tanpa status kewarganegaraan, anak-anak Bajau Laut tidak mendapat pendidikan sewajarnya dan rata rata penduduk tidak mendapatkan akses penjagaan kesihatan sebagaimana warganegara yang lain.

MRA Sabah telah menyantuni golongan etnik bajau laut ini sejak beberapa tahun yang lepas. Pendidikan agama, asas pembelajaran dan aspek kesihatan merupakan aspek yang diberi penekanan khusus kepada etnik bajau laut ini.

Dengan sumbangan Ramadan yang dihulurkan, mereka mendapat sedikit sebanyak kebahagiaan untuk meneruskan kehidupan mereka yang semakin mencabar.

Kesimpulan

Bantuan kemanusiaan ke luar negara perlu diseimbangkan melalui projek projek yang dilaksanakan untuk membantu rakyat di dalam negara. Program pembasmian kemiskinan menuntut penyelesaian bersama oleh setiap pemimpin dan individu di dalam negara ini kerana menanganinya bukan satu langkah yang mudah.

MRA yakin bahawa terdapat banyak syarikat korporat, yayasan serta individu perseorangan yang boleh bekerjasama dengan NGO yang benar benar ikhlas bagi menangani masalah kemiskinan dalam negara serta membantu golongan yang terpinggir.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *