Masyarakat Orang Asli


Masyarakat orang asli di semenanjung Malaysia juga adalah warga yang perlu disantuni dan sering tidak mendapat perhatian bukan sahaja pada bulan Ramadan tetapi juga pada bulan selainnya.

Secara keseluruhan, bilangan populasi orang asli di seluruh Malaysia adalah mencecah 200,000 orang. Daripada jumlah keseluruhan populasi, dianggarkan 15% daripada mereka iaitu 30,000 adalah terdiri daripada agama Islam dan dijangka bilangannya meningkat saban tahun.

Dianggarkan 99% daripada masyarakat orang asli hidup di kawasan pendalaman dan kawasan pinggir bandar. Lokasi mereka yang jauh daripada penempatan dan pembangunan pusat menjadikan mereka jarang mendapat perhatian umum.

MRA telah menyantuni masyarakat peribumi asli ini daripada awal penubuhannya sejak 2010.

Pembangunan komuniti dan bantuan pendidikan untuk masyarakat orang asli sangat tidak asing bagi gerakerja MRA.

Justeru pada tahun ini, program iftar dan agihan sumbangan Ramadan diteruskan oleh MRA Perak dan MRA Pahang di perkampungan orang asli di sekitar negeri masing-masing.

Sepanjang Ramadan, MRA Perak telah melaksanakan program di perkampungan orang asli di Bukit Asu Pengkalan Hulu, Pos Brooke, Pos Tuel dan Mendrod di Gua Musang, kampung orang asli Kotai dan Beswok di Sungai Siput dan akhir sekali di Pos Slim, Pos Raya dan Lalang di kawasan berhapiran Cameron Highland.

MRA Pahang pula menumpukan sepenuhnya program orang asli di sekitar Rompin.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *