Masalah kemiskinan bandar adalah isu penting untuk rakyat Malaysia kerana kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menunjukkan lebih daripada dua pertiga rakyat Malaysia kini tinggal di bandar.
Penurunan aras kemiskinan yang ketara daripada 52.4% pada tahun 1970 kepada 17% pada 1990 merupakan satu penanda aras yang baik namun masih ramai lagi yang melihat ia satu yang masih boleh diperbaiki.
Dengan peningkatan kadar inflasi setiap tahun menyebabkan harga barang dapur, kadar rumah sewa dan taraf sara hidup meningkat di kawasan bandar.
Pada asasnya, kehidupan adalah lebih sukar di kawasan bandar berbanding di kawasan kampung.
Tekanan hidup dalam mencari sesuap rezeki menyukarkan ibu bapa memberi fokus terhadap aktiviti persekolahan anak-anak. Ini termasuk tidak dapat memberi akses pembelajaran tambahan untuk anak-anak yang ketinggalan.
Justeru, salah satu pendekatan yang diambil oleh MRA Penang untuk membanteras masalah miskin bandar ini adalah mendekati anak-anak melalui projek Pendidikan miskin bandar.
Projek Pendidikan Ilmu atau nama ringkasnya Projek IQ adalah program jangka Panjang yang diusahakan oleh MRA Penang untuk memantap dan membantu tahap pendidikan kanak kanak miskin bandar yang masih gagal menguasai asas pembelajaran seperti membaca, mengira dan menulis.
Melalui sumbangan Ramadan yang dihulurkan, kelas tambahan melalui projek IQ oleh MRA Penang ini dapat memberi manfaat kepada anak anak golongan miskin bandar untuk memperbaiki taraf hidup mereka.
Di samping itu, MRA Penang juga menyantuni golongan gelandangan yang tidak mempunyai rumah dan hanya tinggal di kawasan kaki lima tanpa kemudahan asas.