Persediaan Sebelum Ramadhan



Bulan Ramadhan bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Ramadhan merupakan suatu bulan yang amat dinanti-nantikan oleh umat Islam oleh kerana kemuliaan dan kelebihan yang ada dalam bulan tersebut. Sudah pasti kita bersemangat untuk menyambut bulan tersebut dengan penuh keberkatan. Umat Islam digalakkan membuat persiapan sebelum bulan Ramadhan tiba. Oleh itu, beberapa persiapan boleh dijadikan panduan sebelum menyambut bulan mulia ini agar Ramadhan Al-Mubarak kali ini lebih baik daripada tahun yang sebelumnya.

    • Memohon kepada Allah SWT agar diberikan kesempatan untuk bertemu dengan bulan yang penuh dengan kemuliaan. Umat manusia dapat menjalankan segala amalan ibadah dengan semaksima mungkin bagi mendapatkan rahmat dan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.
    • Menzahirkan rasa kesyukuran dan pujian kepada Allah SWT dengan kehadiran bulan Ramadhan yang diberikan kepada kita.
    • Bergembiralah dengan kehadiran bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan dengan sentiasa menyampaikan berita gembira kepada kenalan rapat seperti ahli keluarga, para sahabat dan jiran tetangga.
    • Merancang amalan sunat yang hendak dilakukan  kerana terdapat banyak gajaran pahala yang berlipat ganda sepanjang bulan Ramadhan.
    • Mengisi waktu di bulan Ramadhan dengan penuh ketaatan dengan penuh keazaman. Allah SWT akan membantu hamba-hambaNya dalam memudahkan urusan perkara-perkara kebaikan sekiranya hambaNya melakukan amalan tersebut dengan penuh keikhlasan dan kejujuran.
    • Mempersiapkan diri dengan mempelajari ilmu pengetahuan berkaitan amal ibadat dan hukum-hukum sebelum kedatangan bulan Ramadhan. Wajib bagi setiap mukmin melakukan amal ibadat dengan berlandaskan ilmu pengetahuan.
    • Bertekad untuk melakukan amar makruf nahi munkar dengan taat kepada perintah Allah SWT serta menjauhi segala laranganNya. Kita sebagai hambaNya perlu bertekad untuk meninggalkan segala dosa dan tabiat buruk yang pernah kita lakukan sebelum menyambut bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan adalah bulan taubat dengan Allah SWT membukakan pintu-pintu taubat dan memberi keampunan seluasnya kepada hambaNya.
    • Memastikan keadaan mental, fizikal dan rohani dalam keadaan baik melalui pembacaan yang boleh membantu dalam proses penyucian rohani serta nafsu syahwat.
    • Membuat persiapan diri untuk berdakwah di bulan Ramadhan dengan membuat catatan ringkas sepanjang bulan Ramadhan. Dakwah boleh dijalankan dengan menyebarkan dan mengajak kebaikan melalui pelbagai medium seperti media sosial dan sebagainya.
    • Raikan Ramadhan dengan membuka lembaran baru yang bersih semata-mata hanyalah kerana Allah SWT dengan melakukan taubatan nasuha iaitu taubat yang sebenar-benarnya.

 

Selain itu, Islam menggalakkan umatnya untuk banyak bersedekah sewaktu bulan Ramadhan. Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah SWT untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadhan Al-Mubarak adalah melalui amal jariah. Allah SWT dan Rasul-Nya memerintahkan bahkan memberikan contoh kepada umat Islam untuk menjadi orang yang dermawan serta pemurah sebagaimana dalam hadis:

 

إن الله تعالى جواد يحب الجود ويحب معالي الأخلاق ويكره سفسافها

“Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Memberi, Ia mencintai kedermawanan serta akhlak yang mulia, Ia membenci akhlak yang buruk.” (HR Al Baihaqi, di sahihkan Albani dalam Shahihul Jami’, 1744).

 

Sedekah yang paling afdal adalah sedekah di bulan Ramadhan. Oleh yang demikian, umat Islam digalakkan untuk berlumba-lumba dalam membuat amal jariah dan mengeluarkan zakat.

Oleh yang demikian, MRA menyeru orang awam untuk sama-sama melakukan amal jariah dengan memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini. Sedikit bagi kita, tetapi sangat bermakna bagi mereka yang amat memerlukan.

Sumbang boleh disalurkan melalui dua cara :

  • Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank seperti yang tertera :

  • Atau secara atas talian melalui butang di bawah :

Semoga Ramadhan yang bakal kita sambut ini akan menjadi lebih barakah dan bermakna dengan dipenuhi amalan-amalan yang bermanfaat.

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *