Peristiwa Israk Mikraj


Israk Mikraj ialah suatu peristiwa yang dicatatkan telah berlaku dalam sejarah Islam pada 27 Rejab, setahun sebelum peristiwa Hijrah Rasululah SAW dari Mekah ke Madinah . Peristiwa tersebut merupakan perjalanan pantas Rasulullah SAW atas kuasa Allah SWT bermula dari Masjidil Haram ke Baitulmaqdis(Israk) seterusnya dari Baitulmaqdis ke Sidratul Muntaha (Mikraj). Perjalanan Rasulullah SAW ini telah diabadikan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran :

Firman Allah SWT :

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَاۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ ﴿١

Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Isra’ : Ayat 1)

 

Peristiwa Israk Mikraj ini berlaku hanya dalam 1 malam yang memperlihatkan keupayaan dan kehebatan Allah SWT dalam mengkehendaki sesuatu yang diinginkan. Peristiwa ini merupakan perjalanan istimewa Rasulullah SAW ditemani Malaikat Jibrail dengan menggunakan kenderaan Allah SWT yakni dengan menunggang Buraq yang mana kelajuannya tidak boleh ditandingi dengan apa sahaja kenderaan ciptaan manusia.

Umat Islam perlu memperingati peristiwa bersejarah dalam Islam bersempena dengan tarikh pada hari ini iaitu 22 Mac 2020 bersamaan 27 Rejab Tahun 1441 Hijrah kerana peristiwa ini merupakan salah satu perintah Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad SAW dalam mengerjakan ibadah solat 5 waktu sehari semalam.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *