#disebalikkisah: Aku Bukan Batak, Aku Karo! | Kuburkan Hasratmu


Memandangkan sekarang ini sempadan negara ditutup, maka aktiviti mengembara keluar negara tidak dibenarkan. Rindu akan aktiviti tersebut membuatkan saya ingin menceritakan tentang pengalaman semasa di Sumatera Utara tentang masyarakat Batak di sana.

Terdapat 5 pecahan suku kaum batak di Sumatera Utara ni. Tapi saya cuma ingat 2 sahaja 😂 — Batak Karo dan Batak Toba. Sedikit tentang asal usul orang Batak, diceritakan bahawa orang batak berasal dari Raja Batak, manakala orang Karo percaya mereka berasal daripada nenek moyang yang berbeza iaitu dari kerajaan Aru yang rajanya disebut Pa Lagan, sebab itu mereka tidak suka digelar sebagai Batak.

Batak yang mendiami kawasan tanah tinggi Berastagi adalah Batak Karo. Manakala Batak yang tinggal di sekitar Danau Toba dan Samosir dikenali sebagai Batak Toba.

Batak Karo di Berastagi dikatakan sebagai masyarakat yang kaya kerana hampir setiap keluarga ada tanah kebun sendiri dan tanah mereka berada di lokasi yang sangatlah strategik dan subur kerana tanah yang berasal dari lava gunung berapi.

Yang menariknya, di setiap kebun atau halaman rumah pasti akan ada makam (aka kubur) — seram kan? (boleh rujuk gambar binaan di tengah ladang tu). Hangpa nak tau sebab apa?

Sebabnya anak-anak Batak Karo generasi sekarang lebih sukakan duit berbanding tanah jadi mereka gemar menjual tanah kebun mereka.

Untuk mengelakkan hal ini dari terjadi, ibu bapa mereka akan mengebumikan atuk/nenek/saudara mara yang telah mati di kebun/halaman rumah mereka.

Jadinya siapa yang sanggup nak beli tanah yang ada kubur oii 😂 Bijak kan orang tua Batak Karo ni? Mungkin masyarakat Melayu di Malaysia pun boleh tiru idea ni kalau rasa-rasa ada anak yang mata duitan semua benda nak gadai 🤣. Ada berani?

✍Perkongsian Travelog

Za’aimah Zainon
Peyelaras Projek Dalam Negara MRA


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *