Melihat kejadian banjir yang melanda sekarang, membuatkan saya mengimbau kembali pengalaman menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan di Palu, Sulawesi Tengah, Indonesia pada November 2018 sangat berbeza dengan misi – misi kemanusiaan yang lain kerana tragedi itu melibatkan tiga jenis bencana iaitu tsunami, gempa bumi dan likuifaksi (pergerakan tanah).
Selama 2 minggu menjalankan tugas, saya dan tim juga turut mengalami beberapa situasi yang agak cemas akibat beberapa siri gempa bumi susulan dalam skala yang kecil setiap hari khususnya sebelum masuk waktu subuh.
Melihat sendiri keadaan runtuhan bangunan dan konkrit yang diselimuti lumpur amat memilukan hati apatah lagi bila diberitahu bahawa sepanjang dan seluas – luas tanah yang kami pijak, di situlah tertanamnya jasad – jasad penghuni kota Palu yang terkorban secara beramai-ramai.
Disamping bantuan makanan, ketika itu bantuan perubatan amat diperlukan dan pentingnya bantuan sokongan pemulihan trauma dan psikologi kepada mereka yang terselamat.
Saya sempat melihat sendiri situasi hiba mayat – mayat yang ditemui terdampar di darat dengan baunya yang masih segar dalam ingatan dan wajah-wajah rintihan mangsa.
DISANGKAKAN SUDAH TIDAK BERNYAWA, KEMBALI KE DUNIA SELEPAS 4 HARI MERASA AJAL
Pengalaman paling mengejutkan yang diceritakan oleh salah seorang petugas kesihatan yang memberitahu keajaiban berlaku (semua dengan izin Allah s.w.t) sewaktu menguruskan mayat korban gempa tsunami, salah satu daripada mayat tersebut telah dibungkus dalam beg plastik kemudian kembali bernyawa setelah 4 hari dalam bungkusan plastik.
Mayat tersebut dikenali sebagai Pak Hamka yang dijumpai tertanam dalam lumpur tebal selama satu malam berlakunya gempa dan tsunami. Ketika ditemui, Pak Hamka telah disahkan meninggal. Setelah 4 hari berlalu, dalam timbunan beg plastik (kantung mayat) yang banyak, beg plastik Pak Hamka didapati bergerak dan alangkah terkejut petugas tersebut ketika itu. Dengan izin Allah s.w.t, Pak Hamka masih bernyawa, masyaAllah. Pak Hamka dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut. Sehingga saat saya dan tim masih di Kota Palu, Pak Hamka masih menerima rawatan dan dikhabarkan masih mengeluarkan najis dan memuntahkan lumpur. Subhanallah.
✍Pengalaman
Siti Zaharah Chik @ TD ZARA
Ketua Operasi MRA
Kredit gambar: Sahabat MRA Qidran Qidran