#disebalikkisah: Dugaan Seorang Warga Emas Yang Kini OKU – Hidup Sebatang Kara


#๐๐š๐ง๐ฃ๐ข๐ซ: Kisah kali ini yang aku ingin kongsikan sepanjang misi bantuan pasca banjir dibeberapa kampung sekitar negeri Pahang adalah kisah seorang pakcik warga emas ini yang hidup sebatang kara.
Aku ini hati lemah betul kalau tengok warga emas yang dalam keadaan sakit macam pakcik ini.

Ketentuan Ilahi, kereta pacuan empat roda yang dinaiki kami terkandas dibahu jalan akibat selut yang agak dalam, membuatkan tayar kereta terkandas di dalam selut lumpur. Alhamdulillah, dengan pertolongan orang kampung dan pasukan, kereta selamat dinaikkan ke atas jalan raya kembali. Lokasi kejadian berdekatan dengan rumah pakcik ini. Pakcik Kalid nama beliau.

Selang beberapa meter, aku lihat pakcik ni sedang berjalan tanpa sepatu ke arah kami, dengan tongkat disisi untuk membantu beliau berjalan. Kami pergi menghampiri beliau. Beliau bertanyakan tentang bantuan jika ada. Sebelum itu memang ada sukarelawan yang baru sahaja membantu beliau membersihkan rumah dan memberi bantuan pek makanan.

Pada hari kejadian, misi kami adalah pengagihan pek bantuan dan peralatan kebersihan serta aktiviti pembersihan surau kampung. Jadi kami hanya bagi apa yang kami bawa pada hari kejadian kepada pakcik Kalid. Aku bertanya sedikit latar belakang dan perihal masa banjir kepada pakcik ini.

Cerita beliau, pakcik ini cuma tinggal seorang diri, tidak berkahwin, adik beradik tinggal jauh. Dulu bekerja sebagai pekerja am Alam Flora, diduga kemalangan, terus pakcik Kalid tidak boleh bekerja, dengan penyakit kencing manis yang agak teruk tidak mampu berjalan dengan sempurna lagi disebabkan beberapa jari kakinya sudah dipotong. Perlu guna sokongan tongkat untuk berjalan.

Beliau cuma bergantung dengan wang sara diri bantuan kerajaan. Semasa peristiwa banjir dikampung, ada sukarelawan bantu membawa beliau ke pusat perlindungan sementara dengan menaiki bot. Banjir hampir menenggelamkan rumah beliau, peralatan, perabut rumah habis musnah. Cerita beliau lagi, mujur ada orang-orang kampung yang prihatin kadang-kadang datang melawat keadaan beliau.
Memang ramai penduduk terjejas dengan bencana banjir kali ini, paling menyayat hati warga emas yang tinggal berseorangan dirumah. Ramai warga emas yang senasib dengan pakcik ini.

Kita mungkin tidak mengalami nasib seperti mereka, akan tetapi bantulah semampunya dan banyak cara kita boleh membantu mereka yang memerlukan. Rata-rata apa yang diperlukan mangsa banjir ketika ini ialah keperluan peralatan dirumah seperti peralatan dapur, tempat tidur dan sebagainya. Walau sekecil-kecil sumbangan, besar pengertian buat mereka.

โœ Catatan pengalaman
Misi bantuan pasca banjir di Kg.Chenor.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *