#infaqKasihRamadhan
โ๐๐ด๐ด๐ข๐ญ๐ข๐ฎ๐ถ๐ข๐ญ๐ข๐ช๐ฌ๐ถ๐ฎ ๐ฑ๐ข๐ฌ๐ค๐ช๐ฌ. ๐๐ฐ๐ญ๐ฆ๐ฉ ๐ฌ๐ข๐ฎ๐ช ๐ข๐ฎ๐ฃ๐ช๐ญ 1, 2 ๐ฎ๐ช๐ฏ๐ช๐ต ๐ฎ๐ข๐ด๐ข ๐ฑ๐ข๐ฌ๐ค๐ช๐ฌ ๐ถ๐ฏ๐ต๐ถ๐ฌ ๐ฌ๐ข๐ฎ๐ช ๐ฃ๐ถ๐ข๐ต โ๐ค๐ฐ๐ฏ๐ต๐ฆ๐ฏ๐ตโ ๐ด๐ฆ๐ฎ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐ข ๐ฉ๐ข๐ณ๐ช ๐ช๐ฃ๐ถ?.โ
Semasa kami semakin menghampiri warga emas tersebut, kami melihat beliau mengalami kesukaran untuk memasuki kereta beliau. Pakcik tersebut cuba bercakap, tapi suaranya kurang didengari kami. Rupa-rupanya pakcik tersebut diserang lelah. Terus kami meletak terlebih dahulu peralatan media kami di tepi. Segera kami melihat dan bertanyakan keadaan pakcik tersebut, dikenali sebagai pakcik Jenal(bukan nama sebenar).
Kami membantu pakcik Jenal duduk dan rehat terlebih dahulu di dalam kereta beliau. Maklumlah, salah seorang daripada kami juga pengidap penyakit Lelah, jadi kami faham akan keadaan beliau. Risau menyelubungi diri kami.
โPakcik ada pam semput tak?โ
โPakcik tak guna pam nak. Kejap lagi reda lah lepas pakcik duduk rehat dulu.โ
โIsh, kalau teruk sangat, kami bawa ke klinik, dekat saja dekat sini pakcik.โ Tak jauh dari tempat kejadian tersebut ada sebuah klinik doktor yang kami sangat kenali. Oleh kerana pakcik Jenal berkeras tidak mahu pergi ke klinik, kami biarkan pakcik Jenal berehat seketika.
โBoleh tolong pakcik โcheckโkan duit bantuan zakat dah masuk ke belum dalam akaun pakcik?โ
Maka salah seorang daripada kami pergilah ke bank untuk periksa akaun pakcik Jenal, dua keping kad atm diberi untuk diperiksa.
Alangkah sedihnya kami, melihat jumlah wang didalam akaun pakcik Jenal.
โBelum masuk lagi pakcik. Jumlah sekian-sekian..โ
โAllah, tak masuk lagi?.โ Sayu hati kami melihat air muka pakcik Jenal yang jelas hampa.
โPakcik ada duit tak sekarang ni?โ
โAda RM7 hingga RM8 je nak dalam poket pakcik, pakcik ingat duit dah masuk, katanya 25 haribulan sampai 1 haribulan boleh periksa akaun.โ
โPakcik nak beli makanan berbuka puasa nanti dan nak balik Kajang untuk melawat isteri yang kurang sihat di rumah anak, tangan pakcik sebelah ni โstrokeโ, tak berfungsi dah.โ
โAllah, macammana pakcik โdriveโ kereta?.โ Lagi sekali kami dilanda kerisauan terhadap warga emas tersebut.
โPakcik guna sebelah tangan jer nak.โ
Saya meminta sahabat saya naik ke pejabat untuk mengambil dompet dan memaklumkan kepada penyelaras projek Ramadhan sekiranya ada tak barang sumbangan di pejabat boleh beri dekat pakcik tersebut, seingat saya ada beberapa barang sumbangan yang penyumbang hantar ke pejabat kami. Sementara menunggu sahabat saya, sambil itu saya bertanyakan latar belakang pakcik Jenal dan bersembang seketika. Selepas beberapa ketika, sahabat saya turun bersama staf-staf yang lain, rupa-rupanya mereka dipejabat selepas mengetahui kisah pakcik Jenal tadi, beramai-ramailah berusaha sumbang apa yang boleh diberikan kepada pakcik Jenal.
โฆ๐น๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐
๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐โฆ
Nak dijadikan cerita, dengan izin Allah, ada satu set bakul makanan terlebih di dalam kereta organisasi kami daripada hari sebelum semasa kami menghantar barang sumbangan kepada warga asnaf luar bandar.
Terdetik di dalam hati kami, memang Allah dah tetapkan memang itu set bakul makanan untuk pakcik Jenal, Allah sudah aturkan semuanya. Memang rezeki pakcik Jenal pada hari tersebut.
Kami meminta izin untuk menghantar pulang dan mengiringi pakcik Jenal sampai ke rumah, memandangkan beliau masa itu agak teruk lelahnya dengan melihat usianya yang patut berehat sahaja dirumah, membuatkan kami bimbang bagaimana pula warga emas ini hendak mengangkat barang sumbangan yang agak banyak dan berat pula. Kami tawarkan untuk tolong pandu beliau sehingga ke rumah beliau, akan tetapi pakcik Jenal tidak mahu, maka kami cuma iringi beliau dari belakang sampai ke rumah beliau. Sambil kami iringi pakcik jenal dari belakang, sambil tu saya bercerita tentang situasi pakcik Jenal kepada sahabat saya, kalah betul beliau dia dengan kisah pakcik Jenal, sambil memandu sambil sahabat saya mengusap air mata tidak berhenti.
Sampai sahaja di rumah beliau, melihat tongkat yang pakcik Jenal gunakan untuk menyokong setiap langkah beliau, kami berasa tongkat tersebut tidak mampu sokong sepenuhnya perjalanan beliau dan bertanyakan bagaimana keadaan pakcik sepanjang guna tongkat tersebut. Katanya berkali-kali jatuh juga sebab licin. Allahu, nampaknya pakcik Jenal perlukan tongkat yang baru yang lebih berfungsi. Selepas kami menyusun semua barang bakul makanan tadi di dapur beliau, kami duduk sebentar bersama pakcik Jenal di ruang kecil tamu beliau berhadapan katil hospital yang pusat zakat sumbangkan untukย beliau semasa diserang โstrokeโ dan lumpuh sebelah badan dahulu, dan kini katil tersebut digunakan oleh isteri beliau pula. Kami bersembang dan bersuai kenal dengan pakcik Jenal. Orang Melaka rupanya. Pakcik Jenal buat masa ini tinggal seorang diri memandangkan isteri beliau diambil dan dijaga oleh anak beliau di Kajang.
โ๐๐บ๐ ๐ก๐ข ๐๐๐ ๐๐๐? ๐๐๐๐ฆ๐๐๐ ๐๐ก ๐๐?.โ Tergelak kami dengan pertanyaan pakcik Jenal. Kami memang selalu disalah anggap pegawai badan tertentu apabila kami pakai jaket โvastโorganisasi kami. Kami menerangkan apa pekerjaan kami kepada pakcik Jenal dan juga menerangkan kadang-kadang adakalanya memang sesetengah organisasi agak sulit untuk menghantar semua barang sumbangan kepada semua pemohon dengan segera, kemungkinan ada kelambatan dan tidak semua kami dapat santuni memandangkan ramai orang susah dinegara ini dan bergantung kepada sumbangan yang kami dapat juga.
Kami menerangkan situasi sebenar kepada pakcik Jenal memandangkan dia agak hampa wang bantuan beliau belum masuk lagi dan beliau sedang menunggu sumbangan lampin pakai buang dewasa untuk isteri beliau sampai ketika itu. Semasa kami memberi ada sedikit sumbangan raya , tidak berhenti beliau mencium sampul yang kami berikan sambil mengucapkan kesyukuran yang tidak berhenti daripada mulut beliau. Kami tahan sebak di dalam hati masing-masing. Kami juga bersyukur masih ada jiran yang mengambil berat tentang pakcik Jenal setiap hari, memandangkan beliau hidup seorang diri dan jauh daripada anak-anak dan keadaan kesihatan beliau yang agak membimbangkan.
๐๐๐๐ ๐ด๐๐๐โ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐โ๐๐๐ก ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐-๐๐๐ ๐๐ ๐ก๐๐๐ ๐๐๐ข๐ก.
Kami terpaksa meminta izin untuk pulang, walaupun pakcik Jenal masih mahu mengajak bersembang lagi dengan beliau. Kami faham warga emas ini, bila semakin menginjak usia tua, apa yang mereka perlukan bukan semata-mata wang ringgit, akan tetapi perhatian dan kasih sayang yang penting daripada anak-anak. Kepada yang masih mempunyai orang tua, hargailah mereka semasa mereka masih ada di muka bumi ini, walaupun kita diduga dengan pandemik dan perintah kawalan pergerakkan ketika ini, pasti sentiasa ada jalan untuk kita menyenangkan hati orang tua kita. Dalam situasi sekarang, kita tidak boleh berfikir tentang diri sendiri semata, ambil caknalah orang sekeliling kita, bantulah selagi mampu, tidak kira apa jua bentuk bantuan. Moga dibulan Ramadhan Mubarak ini, Allah menerima segala amal dan menghapuskan segala dosa kita.
Jangan lupa titipkan doa untuk kedua ibu bapa kita setiap hari
ุงูููููููู
ูู ุงุบูููุฑูููููุง ุฐูููููุจูููุง ููููููุงููุฏูููููุง ููุงุฑูุญูู
ูููู
ู ููู
ูุง ุฑูุจููููููุง ุตูุบูุงุฑูุง
Maksudnya: โYa Allah ampunilah dosaku dan dosa keDua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi aku sejak kecil.โ
Catatan Pengalaman,
Misi Infaq Kasih Ramadhan MRA
Untuk menyumbang ke Tabung Infaq Kasih Ramadhan MRA๐๐
atau
BANK ISLAM : 14256 01 0034 352 (Malaysian Relief Agency Foundation)
RHB BANK: 264245 0000 7270 (Malaysian Relief Agency Foundation)
Ruj: Ramadan