MALAYSIA Relief Agency (MRA), pertubuhan bukan kerajaan dari Malaysia telah membina lima telaga pam manual di Somalia untuk kegunaan penduduk tempatan dan juga pelarian dalam negara tersebut.
Menurut kenyataan NGO itu, projek yang disasarkan kepada para pelarian dalam negara sendiri (IDP) telah mula memberi manfaat dan setakat ini kesemua lima unit telah berjaya dibina.
“Terima kasih di atas sumbangan para dermawan budiman,” kata agensi itu dalam satu kenyataan ringkas.
Menurut laman Facebook MRA, projek telaga pam di Somalia itu bermula pada September lepas dengan pelaksanaan fasa pertama di Gurmees Baidoa dan Suulawei Baidoa.
“Kerasnya tanah gara ketandusan.. Moga Allah mudahkan urusan pelaksanaan projek ini..Allahumma aamin,” kata agensi itu dalam Facebook.
MRA merakamkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang budiman dan rakan kerjasama pelaksana di lapangan. – UtusanTV
Sumber: