Kempen Help Yemen sasar kumpul RM4.6 juta

KUALA LUMPUR: Malaysian Relief Agency (MRA) bersama Kedutaan Yaman melancarkan kempen Help Yemen bagi mengumpul dana RM4.6 juta untuk membantu 22,000 pelarian dalam negara (IDP) di negara itu

Setiausaha Agung MRA, Dr Shahrizal Azwan Samsudin, berkata perang yang meletus sejak enam tahun lalu menyebabkan Yaman berdepan krisis kemanusiaan terburuk di dunia.

“Kesan kumulatif daripada konflik menyebabkan 233,000 kematian termasuk 131,000 rakyat kekurangan makanan, perkhidmatan kesihatan dan infrastruktur.

“Diharap kempen Help Yemen dapat meringankan beban rakyat di negara itu yang terjejas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Duta Yaman ke Malaysia, Dr Adel Mohamed BA Hamid merasmikan pelancaran kempen Help Yemen di Ampang Jaya, hari ini.

Turut serta dalam kempen itu ialah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk MyCARE, Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN) dan Global Peace Mission Malaysia (GPM).

Shahrizal Azwan berkata, MRA berterima kasih kepada Kedutaan Yaman dan rakan NGO lain yang turut serta dalam kempen Help Yemen.

“MRA juga berbesar hati untuk menerima lebih ramai rakan kolaborasi dan sumbangan di masa hadapan serta akan terus komited membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Sehingga kini, MRA sudah enam tahun melaksanakan komitmennya dalam membantu rakyat Yaman termasuk menyalurkan dana lebih RM7 juta kepada lebih 200,000 penduduk Yaman di 13 daerah.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/03/800260/kempen-help-yemen-sasar-kumpul-rm46-juta?topicID=1&articleID=800260

Leave A Comment

2021© MRA - Malaysian Relief Agency