MRA hantar bantuan pada mangsa banjir

Kuala Lumpur: Malaysian Relief Agency (MRA) menghantar bantuan awal kepada mangsa banjir di Sabah dan Sarawak.

Presiden MRA, Dr Mohd Daud Sulaiman berkata, bantuan berupa pek kebersihan, air minuman dan logistik diserahkan kepada mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan mangsa yang terperangkap di rumah.

Menurutnya, dianggarkan lebih 4,000 mangsa banjir masih memerlukan bantuan dan sokongan daripada pihak berwajib dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada pasca banjir.

Katanya, MRA Borneo akan meneruskan bantuan dan sokongan pasca banjir kali ini kepada mangsa yang pulang ke rumah masing-masing selepas banjir.

“Antara fokus bantuan adalah membekalkan air bersih untuk minuman dan kegunaan harian memandangkan mangsa banjir di pedalaman khususnya Beaufort terputus bekalan air bersih.

“Bantuan pek makanan asas, kebersihan diri dan pembersihan rumah juga akan digerakkan dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, MRA Borneo akan meneruskan kerjasama dengan pihak memerlukan khidmat logistik menghantar bantuan melalui kenderaan pacuan empat roda dan bot sebagai alternatif ke kawasan terputus hubungan.

Justeru, beliau merayu orang ramai untuk bersama membantu meringankan beban mangsa banjir di Borneo dengan memberikan sumbangan ke akaun Public Bank Malaysian Relief Agency Foundation bernombor 3988591608.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi MRA di talian 013-3371672 atau Facebook Malaysian Relief Agency.

Sumber: https://www.msn.com/en-my/news/berita/mra-hantar-bantuan-pada-mangsa-banjir/ar-AAKrEWn 

Leave A Comment