MRA penerima inisiatif CIMB Bonus Points for Sustainability – Utusan Digital

Inisiatif ini membolehkan pelanggan CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad menukar mata bonus kad kredit dan perbankan menjadi sumbangan tunai yang dikecualikan cukai untuk disalurkan kepada MRA dan senarai penerima lain, dengan kadar penukaran terbaik di industri iaitu 4,000 mata bonus untuk setiap sumbangan RM10.

Ketua Pegawai Kelestarian CIMB Group dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan CIMB, Rafe Haneef berkata, inisiatif ini turut mempromosi kaedah penyumbangan dana yang kekal dan berterusan bagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama ketika negara dilanda pelbagai bencana seperti banjir dan kesan wabak Covid-19 yang berterusan.

“Dengan semangat #KitaJagaKita, kami amat berbesar hati dapat menyokong NGO seperti MRA dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada masyarakat yang terjejas. 100 peratus daripada jumlah sumbangan tersebut akan disalurkan terus kepada penerima.“Kami berharap dengan kemudahan dan fleksibiliti untuk menyumbang melalui penukaran Bonus Point ini, pelanggan kami juga akan berganding bahu dalam memberikan impak positif kepada masyarakat,” katanya dalam kenyataan. headtopics.com

Dalam pada itu, Presiden MRA, Dr. Mohd. Daud Sulaiman menegaskan, pihaknya tetap komited berada di lapangan dalam membantu mereka yang terjejas akibat bencana alam yang berlaku di Kelantan, Pahang, Terengganu, Johor, Perak, Sabah dan Sarawak.“Kami amat teruja dengan sokongan yang diberikan oleh CIMB dan usaha ini dapat memastikan sumbangan berterusan kepada MRA, sekali gus melancarkan program kendalian kami dengan lebih berkesan.

Sumber: https://headtopics.com/my/mra-penerima-inisiatif-cimb-bonus-points-for-sustainability-utusan-digital-18722664 

Leave A Comment