The Edge Media sumbang lebih RM500,000 kepada ATM melalui MRA

THE Edge Media Group menyampaikan sumbangan bernilai RM529,358 melalui Malaysian Relief Agency (MRA) kepada Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai salah satu inisiatif menangani wabak Covid-19.

Kerjasama itu tidak asing lagi buat MRA yang pernah bersama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 untuk membuat penghantaran barangan misi kemanusiaan ke Borneo.

Presiden MRA Dr Mohd Daud Sulaiman berkata, The Edge Media Group antara penyumbang terbesar dan sudah menghulurkan bantuan sebanyak RM4.7 Juta kepada MRA sepanjang PKP 1.0 hingga kini.

“Barangan sumbangan terdiri daripada peralatan perubatan Unit Rawatan Rapi (ICU), apron perubatan, mesin ventilator, Oxygen Concentrator, pelitup muka dan set pakaian perlindungan diri (PPE) bagi kegunaan Hospital Sibu dan Hospital Labuan.

“Penyerahan sumbangan itu bertujuan meningkatkan lagi tahap fasiliti perubatan di ICUdikelola oleh ATM bagi menangani wabak Covid-19 yang semakinmeningkat di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Majlis penyerahan sumbangan diadakan di Hospital ATM dan disempurnakan Dr Mohd Daud yang menyampaikannya kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM Leftenan Jeneral Datuk Dr Zulkeffeli Mat.

Hadir sama, Timbalan Presiden MRA Khairil Annuar Khalid dan Pengarah Perubatan Mejar Jeneral Datuk Dr Mohammad Amirrudin Hamdan.

Dr Mohd Daud berkata, MRA menzahirkan penghargaan terima kasih kepada penderma yang menghulurkan sumbangan.

“MRA amat berbesar hati untuk menerima lebih banyak rakan kolaborasi dansumbangan pada masa hadapan.

“Kami akan terus komited dalam membantu mereka yang memerlukan.

“MRA merayu kepada orang ramai untuk bersama-sama membantu dengan menyumbang ke MRA menerusi akaun Maybank bernombor 564098206365,” katanya.

Sumber:

The Edge Media sumbang lebih RM500,000 kepada ATM melalui MRA

Leave A Comment