MRA, Celcom Salur Bantuan Kepada Mahasiswa


KUALA LUMPUR, 17 Julai — Malaysian Relief Agency (MRA) dengan kerjasama Celcom Axiata Berhad menyalurkan Bantuan Siswa Prihatin bernilai RM240,000 kepada mahasiswa yang terperangkap di universiti sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan.

Presiden MRA, Dr Mohd Daud Bin Sulaiman, berkata bantuan dihantar ke 13 universiti dengan setiap universiti menerima pek tenaga dan kebersihan masing-masing bernilai RM20,000.

“Bantuan disalurkan terdiri daripada pek makanan kering dan pek kebersihan asas seperti biskut, mi segera, pelitup muka, pensanitasi tangan serta sabun pencuci.

“MRA berharap ia dapat mengurangkan kos ditanggung pelajar bagi menampung perbelanjaan harian mereka sepanjang waktu ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. Antara universiti menerima Bantuan Siswa Prihatin termasuk Universiti Kuala Lumpur (UNIKL), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan UTMSPACE kampus Johor, Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

BERITA HARIAN

https://www.kkmm.gov.my/awam/berita/19522-mra-celcom-salur-bantuan-kepada-mahasiswa


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *