Sedekad Lindung Rakyat Malaysia


TAHUN 2021 detik istimewa untuk AIA PUBLIC Takaful Bhd (AIA PUBLIC Takaful) kerana menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-10, sedekad menyediakan sokongan kewangan serta menjamin harapan dan impian rakyat Malaysia.

Sepanjang dekad ini, AIA PUBLIC Takaful berkembang dari hanya pengendali takaful tradisional.

Bukan sekadar bersama pelanggan untuk hanya satu situasi atau sebagai ‘langkah berjaga – jaga’, ia kini berada di sisi pelanggan sepanjang perjalanan perlindungan mereka melalui penyelesaian patuh syariah hujung ke hujung.

Mengulas mengenai pencapaian ini, Ketua Pegawai Eksekutif AIA PUBLIC Takaful, Elmie Aman Najas berkata, syarikat ini sudah jauh berkembang sejak penubuhannya pada 2011.

Menurutnya, legasi 10 tahun ini tidak akan terbina tanpa sokongan dan kepercayaan daripada pelanggan yang sentiasa menjadi tunjang utama dalam setiap inisiatif yang dilakukan.

“Fokus kami adalah untuk sentiasa mencari kaedah baharu dan inovatif yang boleh mempertingkatkan perkhidmatan kami, bukan sahaja dari segi tawaran produk, tetapi juga perkhidmatan tambah nilai yang boleh membawa perubahan dalam hidup pelanggan.

“Langkah ini juga kini menjadi lebih signifikan terutamanya dalam situasi sekarang,” tambahnya.

Susulan pandemik Covid-19, syarikat berkenaan melihat peningkatan dalam kesedaran dan minat untuk perlindungan takaful.

Elmie berkata, permintaan untuk proposisi kesihatan dan kesejahteraan peribadi serta khidmat nasihat profesional juga lebih tinggi.

“Kami berbangga kerana dengan kerjasama 20,000 Perancang Hayat AIA Malaysia serta rakan kongsi, kami dapat memenuhi permintaan itu melalui keupayaan digital dan teknologi kami disamping memastikan keselamatan berterusan pelanggan dan ahli agensi kami.

“Pencapaian ini juga membolehkan kami untuk memperingati sejauh mana syarikat berkembang dan membantu rakyat Malaysia sepanjang sedekad yang lalu,” katanya.

Sehingga kini, kata Elmie, AIA PUBLIC Takaful membantu sediakan perlindungan komprehensif bernilai RM61 bilion kepada rakyat Malaysia untuk menghadapi peristiwa yang tidak diduga.

“Takaful adalah skim yang berasaskan konsep persaudaraan, perpaduan dan tolong-menolong antara peserta takaful.

“Oleh itu, bersama-sama peserta takaful, kami sudah menyediakan sokongan kewangan bernilai RM1.3 bilion kepada lebih 170,000 keluarga di negara ini,” katanya.

Menurut Elmie, pandemik ini juga mendorong lebih ramai individu untuk mempertimbangkan kerjaya Perancang Hayat Takaful (ejen) sebagai kerjaya pilihan mereka sekaligus lebih terbuka untuk berkecimpung dalam kerjaya yang penuh makna ini.

“Melalui program perekrutan AIA Elite Academy yang pertama seumpamanya dalam industri, AIA PUBLIC Takaful menyediakan peluang kepada individu yang bercita-cita untuk membina semula kerjaya serta pendapatan di samping membolehkan mereka mengecap impian tersendiri sama ada menjadi pemimpin berjaya ataupun usahawan takaful yang cemerlang.

Secara tradisionalnya, syarikat takaful cenderung fokus menawarkan perlindungan kepada pelanggan.

Namun begitu, AIA PUBLIC Takaful sentiasa berusaha menawarkan perkhidmatan menjangkau perlindungan.

Melalui ekosistem Penyelesaian Kesihatan dan Kekayaan Menyeluruhnya (Total Health and Wealth Solution), program kesihatan unik AIA Vitality serta kerjasama dengan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang pelbagai, pengendali takaful tersebut benar-benar bersama pelanggan di setiap langkah perjalanan kesihatan mereka.

“Saya percaya AIA PUBLIC Takaful mempunyai proposisi patuh syariah, ekosistem, sumber dan peralatan yang tepat untuk memenuhi keperluan setiap pelanggan di setiap peringkat kehidupan.

“Dari pelan perlindungan mampu milik di bawah Perlindungan Tenang khusus untuk golongan berpendapatan rendah sehinggalah penyelesaian perancangan legasi yang menawarkan pelanggan peluang untuk menyumbang semula kepada komuniti, faedah takaful kami bukan hanya memenuhi keperluan kewangan dan perlindungan pelanggan, tetapi juga membolehkan mereka melakukan amal jariah berterusan walaupun apabila mereka sudah tiada,” katanya.

Sempena sambutan ulang tahun ke-10, AIA PUBLIC Takaful melancarkan Program Kongsi Rezeki, inisiatif komuniti dengan kerjasama Malaysian Relief Agency.

Melalui inisiatif ini, 10 rumah anak yatim di seluruh negara akan menerima komputer riba baharu dan kelengkapan tempat tidur seperti katil, tilam dan keperluan harian lain.

Sumbangan yang bernilai RM250,000 itu akan membantu lebih 500 orang anak yatim mendapat akses kepada pengalaman pembelajaran dalam talian yang lebih baik di samping tempat tidur yang lebih selesa.

Kata Elmie, sebagai organisasi yang komited terhadap kesejahteraan komuniti, pihaknya berasa bahawa sudah menjadi tanggungjawab untuk menyokong rumah-rumah anak yatim membesarkan kanak-kanak yang lebih sihat dan ceria.

“Kami berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka sepanjang tempoh sukar ini sekaligus membantu anak-anak yatim terbabit lebih bermotivasi dalam pembelajaran mereka,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah AIA PUBLIC Takaful Mahani Amat berkata, pihaknya sangat berbesar hati dapat meraikan kejayaan ini bersama mereka yang sudah memainkan peranan penting dalam perjalanan 10 tahun ini.

“Kami berbangga mempunyai warga kerja yang berdedikasi serta rakan-rakan kongsi yang hebat, bekerjasama saban hari memastikan kehendak pelanggan dipenuhi dan menggerakkan usaha berterusan kami dalam industri takaful.

“AIA PUBLIC Takaful akan terus memberi kesan positif dan signifikan kepada pelanggan dan komuniti demi menggalakkan kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna,” katanya.

AIA PUBLIC Takaful dimiliki bersama oleh AIA Bhd (AIA), Public Bank Berhad (PBB) dan Public Islamic Bank Berhad (anak syarikat milik penuh PBB).

Ia memanfaatkan kedudukan terkemuka AIA dan Kumpulan PBB serta rangkaian infrastruktur dan pengedaran yang kukuh dalam industri insurans dan perbankan bagi memacu pertumbuhan dan meningkatkan kadar penembusan Takaful Keluarga dalam pasaran domestik.

Sumber:

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/10/764579/sedekad-lindung-rakyat-malaysia


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *