MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) DI ANTARA MRA DAN PERTUBUHAN ARTIKEK MALAYSIA (PAM)


[vc_row][vc_column][vc_column_text]

UNTUK SIARAN AKHBAR/MEDIA

KENYATAAN MEDIA

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) DI ANTARA MRA DAN PERTUBUHAN ARKITEK MALAYSIA (PAM)

[/vc_column_text][vc_separator][vc_column_text]KENYATAAN MEDIA
MALAYSIAN RELIEF AGENCY (MRA) KUALA LUMPUR
18 Mac 2022

Malaysian Relief Agency (MRA) pada hari ini telah menandatangani memorandum persefahaman bersama Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) berkenaan Projek Rumah Syukur yang akan dibangunkan oleh MRA. Majlis memorandum persefahamaan ini adalah sebagai jalinan kerjasama yang kukuh antara Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) bersama MRA di dalam usaha membantu komuniti yang terkesan dan untuk menyokong usaha murni MRA dalam Projek Rumah Syukur.

Majlis memorandum persefahaman ini telah berlangsung di Hotel Tenera, Bangi pada 18 Mac 2022. Memorandum persefahaman tersebut telah ditandatangani oleh Presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM), Ar. Datuk Ezumi Harzani, Naib Presiden (PAM), Ar Alvin Lim Hai Seah manakala wakil dari MRA ialah Presiden MRA, Dr Mohd Daud bin Sulaiman dan Setiusaha Agung MRA, Dr Shahrizal Azwan bin Samsudin.

MRA telah membina tiga buah Rumah Syukur bermula di Sik, Kedah serta akan membina beberapa lagi buah rumah kekal di beberapa daerah di negeri lain seperti Bentong, Pahang dan Kota Bharu, Kelantan di bawah Projek Rumah Syukur ini. Ini bukanlah kali pertama MRA membina rumah kekal dan separa kekal dalam usahanya membantu golongan yang ketiadaan tempat tinggal, malah MRA pernah membina rumah separa kekal di Palu, Indonesia, Filipina dan Pakistan sewaktu dilanda bencana alam. Projek Rumah Syukur ini turut mendapat sumbangan daripada CIMB yang menjadi penyumbang utama projek ini.

MRA amat berbesar hati dan berterima kasih kepada Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) atas usaha ini atas jalinan kerjasama dan persefahaman dalam menjayakan projek ini. Dengan adanya usaha sebegini, MRA berharap Projek Rumah Syukur ini dapat meringankan beban golongan miskin dan asnaf yang tidak berkemampuan memiliki rumah di Malaysia. MRA juga amat berbesar hati untuk menerima lebih banyak rakan kolaborasi dan sumbangan di masa hadapan serta akan terus komited dalam membantu mereka yang memerlukan.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Malaysian Relief agency (MRA), boleh menghubungi sila hubungi 03-9174 4672 atau sila layari laman web rasmi MRA www.mra.my dan ikuti perkembangan terkini MRA melalui Facebook, Instagram dan Youtube.

“Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Yang Lain”

 

DR MOHD DAUD BIN SULAIMAN
PRESIDEN,
MALAYSIAN RELIEF AGENCY (MRA)
18 MAC 2022

 [/vc_column_text][vc_gallery interval=”3″ images=”12306,12308,12310,12312,12314,12316″ img_size=”full”][/vc_column][/vc_row]


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *