[vc_row][vc_column][vc_column_text]
UNTUK SIARAN AKHBAR/MEDIA
KENYATAAN MEDIA
MRA DAN AXIATA BERHAD SANTUNI WARGA ASNAF DAN B40 PPR KERINCHI SEMPENA PROJEK KINDNESS RAYA
[/vc_column_text][vc_separator][vc_column_text]KENYATAAN MEDIA
MALAYSIAN RELIEF AGENCY (MRA) KUALA LUMPUR
18 April 2022
Sambutan Hari Raya Aidilfitri sememangnya hari yang dinanti-nantikan oleh setiap muslim dan pastinya kemeriahan menyediakan persiapan raya sedang giat dilakukan oleh segenap lapisan masyarakat. MRA dengan kerjasama Axiata Berhad telah mengadakan “Program Shopping Raya” dan majlis berbuka puasa di bawah Projek Kindness bersama keluarga asnaf dan B40 dari PPR Kerinchi, Kuala Lumpur pada 18 April 2022.
Seramai 12 buah keluarga telah dibawa bersama untuk membeli barang persiapan Hari Raya di Mydin Subang Jaya manakala 8 buah keluarga merupakan warga emas di mana bantuan telah diserahkan dari rumah ke rumah. Axiata Berhad telah menaja sumbangan barangan keperluan Hari Raya kepada 20 buah keluarga asnaf dan B40 yang bernilai RM 30,000.00 melalui Projek Kindness ini.
Majlis berbuka puasa pula telah berlangsung di Hotel Tabung Haji, Kelana Jaya selepas selesai “Program Shopping Raya” di Mydin Subang Jaya. Majlis berbuka puasa turut dihadiri Tuan Asri Hassan, Ketua Pegawai Korporat Axiata Berhad , Encik Areehan Hj. Abdullah, Ketua Bahagian Tanggungjawab Korporat & Hubungan Kerajaan dan Pembangunan Masyarakat Axiata Berhad dan Dr Shahrizal Azwan bin Samsudin, Setiausaha Agung MRA.
Sumbangan berupa wang tunai turut disumbangkan kepada setiap keluarga yang terlibat. Dalam pada itu, MRA turut menyumbangkan produk-produk makanan dan masakan untuk keperluan mereka sepanjang Ramadan dan Aidilfitri tahun ini. Menerusi pemberian sumbangan berkenaan, MRA berharap ia dapat membantu meringankan beban mereka terutama menjelang Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi selain dapat mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain.
MRA amat berbesar hati dan berterima kasih kepada Axiata Berhad atas usaha dan jalinan kerjasama dalam menjayakan projek ini. Dengan adanya usaha sebegini, MRA berharap Projek Kindness ini dapat mengukir senyuman kegembiraan dan kesyukuran di wajah mereka terutama bagi keluarga yang tidak berkemampuan dalam menyediakan kelengkapan Hari Raya Aidilfitri.
MRA juga amat berbesar hati untuk menerima lebih banyak rakan kolaborasi dan sumbangan di masa hadapan serta akan terus komited dalam membantu mereka yang memerlukan. Untuk maklumat lanjut mengenai program Malaysian Relief agency (MRA), boleh menghubungi sila hubungi 03-9174 4672 atau sila layari laman web rasmi MRA www.mra.my dan ikuti perkembangan terkini MRA melalui Facebook, Instagram dan Youtube.
“Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Yang Lain”
DR MOHD DAUD BIN SULAIMAN
PRESIDEN,
MALAYSIAN RELIEF AGENCY (MRA)
18 APRIL 2022[/vc_column_text][vc_gallery interval=”3″ images=”12244,12242,12240,12236,12234,12232,12230″ img_size=”full”][/vc_column][/vc_row]