Dengan adanya bantuan bot sumbangan Celcom, bantuan bencana banjir MRA di Kelantan dapat diteruskan. Bot tersebut digunakan untuk membantu mangsa – mangsa banjir menyeberangi takungan air yang telah menjadi asbab terputusnya jalan utama dibeberapa buah kampung di daerah Machang dan Pasir Mas. Situasi ini juga telah menyebabkan penduduk kampung sukar untuk mendapat akses kepada keperluan asas. MRA Kelantan sedaya upaya membantu menghantar sumbangan yang diperlukan seperti pek makanan panas, pek kebersihan, pek makanan sedia untuk di makan (RTE), dan set kelengkapan solat.
MRA mengucapkan ribuan terima kasih kepada Celcom dan semua penyumbang yang telah membantu mereka yang terkesan dengan bencana banjir. Teruskan menyumbang melalui pautan di bawah atau melalui nombor akaun yang tertera.
“𝑆𝑒𝑏𝑎𝑖𝑘 – 𝑏𝑎𝑖𝑘 𝑚𝑎𝑛𝑢𝑠𝑖𝑎 𝑎𝑑𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑝𝑎𝑙𝑖𝑛𝑔 𝑏𝑒𝑟𝑚𝑎𝑛𝑓𝑎𝑎𝑡 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑎𝑖𝑛”