MISI BANTUAN BENCANA BANJIR MRA 2022 – 2023

[vc_row][vc_column][vc_column_text]

UNTUK SIARAN AKHBAR/MEDIA

KENYATAAN MEDIA

MISI BANTUAN BENCANA BANJIR MRA 2022 — 2023

[/vc_column_text][vc_separator][vc_column_text]KENYATAAN MEDIA
MALAYSIAN RELIEF AGENCY (MRA) KUALA LUMPUR
10 Januari 2023

Berikutan bencana banjir yang telah melanda beberapa negeri bermula bulan Oktober 2022 yang lepas, Malaysian Relief Agency (MRA) telah menggerakkan Misi Bantuan Bencana Banjir ke seluruh kawasan yang terjejas di seluruh negara. Dianggarkan ribuan mangsa banjir yang terkesan dan memerlukan bantuan serta sokongan daripada pihak berwajib dan NGO bagi membantu mereka dalam mengharungi pasca banjir kali ini.

Misi Bantuan Bencana Banjir MRA telah mula dilaksanakan sejak 18 Oktober 2022. Setakat ini, seramai 25,000 mangsa banjir telah menerima manfaat bantuan banjir dari MRA di 111 buah lokasi yang terjejas teruk. Antara negeri yang terjejas paling teruk adalah Kelantan dan Terengganu di mana jumlah nilai bantuan tertinggi telah dicatatkan bagi kedua-dua negeri ini diikuti beberapa negeri lain yang turut mengalami banjir seperti negeri Kedah, Perak, Johor, Melaka, Selangor dan Sabah.

Setakat ini, sebanyak 3,809 bakul makanan, 410 makanan siap dimasak, 1,834 pek kebersihan, 98 pek keperluan bayi dan 1,110 pakaian telah diagihkan kepada mangsa banjir yang berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) serta di lokasi-lokasi lain yang terlibat. Jumlah keseluruhan bantuan banjir yang telah diagihkan ke negeri-negeri yang terkesan setakat ini bernilai RM 372,157 manakala seramai 662 sukarelawan terlibat dalam misi bantuan bencana banjir kali ini.

Selain itu, MRA telah menggerakkan bantuan perubatan kepada mangsa banjir melalui Klinik Bergerak untuk memberikan rawatan kesihatan dari rumah ke rumah dan juga khidmat kaunseling Psychological First Aid (PFA) kepada mangsa banjir. Di samping itu juga, perkhidmatan membaiki kerosakan kenderaan bermotor dan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan masjid serta rumah-rumah yang terkesan dengan banjir turut diadakan.

Bagi menghadapi kemungkinan gelombang kedua bencana banjir, MRA sentiasa bersiapsiaga dan akan memperkukuhkan lagi jaringan kerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan bagi membantu rakyat Malaysia menghadapi musibah banjir. MRA menzahirkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada seluruh rakan kerjasama serta para penyumbang yang sentiasa menyokong usaha MRA menyantuni mereka yang terkesan dengan bencana.

Justeru, MRA amat mengalu-alukan sumbangan untuk ‘Tabung Bantuan Banjir MRA’ bagi membantu mangsa yang terjejas teruk akibat banjir teruk. Sumbangan rakyat Malaysia boleh dibuat menerusi akaun Maybank Malaysian Relief Agency (acc no: 5640 9820 6365) atau layari laman rasmi Malaysian Relief Agency www.mra.my dan facebook untuk maklumat lebih lanjut.

Untuk maklumat lanjut mengenai program yang dijalankan oleh Malaysian Relief Agency (MRA), hubungi 03-9174 4672 atau layari laman web rasmi MRA di www.mra.my dan ikuti perkembangan terkini MRA melalui media sosial MRA di Facebook , Instagram, Twitter dan Youtube.

“Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Yang Lain”

 

DR MOHD DAUD BIN SULAIMAN
PRESIDEN,
MALAYSIAN RELIEF AGENCY (MRA)
10 JANUARI 2023[/vc_column_text][vc_gallery interval=”3″ images=”12284,12274,12278,12272,12282,12280″ img_size=”full”][/vc_column][/vc_row]

Leave A Comment

2021© MRA - Malaysian Relief Agency