KEMPEN INFAQ KASIH RAMADHAN MRA 2022 / 1443H

[vc_row][vc_column][vc_column_text]

UNTUK SIARAN AKHBAR/MEDIA

KENYATAAN MEDIA

KEMPEN INFAQ KASIH RAMADHAN MRA 2022M/1443H

[/vc_column_text][vc_separator][vc_column_text]Hadirnya Ramadhan menjanjikan begitu banyak pahala, rahmat dan keampunan kepada umat Islam. Semestinya kehadiran Ramadan al-Mubarak sentiasa dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Bulan yang penuh kemuliaan bagi masyarakat beragama Islam, ia menjanjikan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.

Walaupun rakyat di seluruh dunia diduga dengan pandemik COVID-19, MRA peka akan hal ini dan akan terus memainkan peranan dalam menyemarakkan semangat kebersamaan dan kasih melalui Kempen Infaq Kasih Ramadan 2022.

Melalui Kempen Infaq Kasih Ramadhan 2021 tahun lalu, MRA telah menyalurkan sumbangan bernilai RM 2.2 juta yang melibatkan sumbangan pek makanan asas, pek iftar dan sahur, serta pek Syawal. Bantuan Ramadhan dan Syawal ini memberi fokus kepada golongan miskin, anak yatim, warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU), ibu tunggal serta komuniti B40 di bandar dan kawasan luar bandar. Bantuan tidak hanya tertumpu di Malaysia, malah di beberapa buah negara bergolak seperti Palestin, Yaman, Afghanistan dan Syria.

Anggaran lebih daripada 108,625 orang telah berjaya disantuni melalui Kempen Infaq Kasih Ramadhan tahun lalu. Secara keseluruhan, sebanyak 8,641 pek makanan asas, 55,416 pek iftar dan sahur, 404 pek Syawal serta 9,120 pek tenaga dan pek kebersihan telah diedarkan di seluruh Malaysia serta beberapa buah negara luar.

Bagi misi kemanusiaan ke luar negara tahun ini, MRA telah menghantar dua orang wakil MRA iaitu oleh Tn Hj Khairil Annuar Bin Khalid, Timbalan Presiden MRA dan Sdr Ahmad Ammar Bin Ahmad dari MRA Selangor ke Afghanistan bagi melaksanakan misi bantuan Ramadhan. Mereka telah berlepas dari Malaysia ke Islamabad sejak 27 Mac yang lalu.

MRA menyasarkan sebanyak 1 juta roti untuk diagihkan kepada 3300 buah keluarga setiap hari selama 30 hari sepanjang Ramadhan di 6 daerah di Afghanistan. Di dalam masa yang sama MRA juga meneruskan projek yang sama di negara bergolak Yaman dengan mengagihkan 12,000 keping roti setiap hari di 6 daerah di Yaman. Jumlah nilai agihan yang disasarkan kepada kedua-dua negara Afghanistan dan Yaman ini ialah sebanyak RM 1.5 juta.

Usaha menggerakkan bantuan MRA di Afghanistan bermula pada bulan Ramadhan ini akan diteruskan dengan pembukaan pejabat satelit MRA di Kabul dan seterusnya merangka projek bersifat jangka sederhana dan jangka panjang bagi membantu penduduk yang memerlukan di sana.

MRA menzahirkan penghargaan terima kasih kepada penderma awam dan korporat yang menyumbang ke program anjuran MRA. MRA terus komited dalam meneruskan misi bantuan kemanusiaan MRA sepanjang Ramadhan dan Syawal tahun ini. MRA amat berbesar hati menerima lebih banyak rakan kolaborasi dan sumbangan orang ramai dalam membantu mereka yang memerlukan dalam menyambut bulan yang penuh barakah ini. MRA merayu kepada orang ramai untuk bersama-sama membantu dengan menyumbang ke akaun Malaysian Relief Agency – Maybank 5640 9820 6365.

Untuk maklumat lanjut mengenai program yang dijalankan oleh Malaysian Relief Agency (MRA), hubungi 03-9174 4672 atau layari laman web rasmi MRA di www.mra.my dan ikuti perkembangan terkini MRA melalui media sosial MRA di Facebook , Instagram, Twitter dan Youtube.

“Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Yang Lain”

 

DR MOHD DAUD BIN SULAIMAN
PRESIDEN,
MALAYSIAN RELIEF AGENCY (MRA)
29 MAC 2022[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]

Leave A Comment

2021© MRA - Malaysian Relief Agency