[vc_row][vc_column][vc_column_text]
UNTUK SIARAN AKHBAR/MEDIA
KENYATAAN MEDIA
MRA LANCAR KEMPEN QURBAN TERBAIK AIDILADHA 1443H/2022M
[/vc_column_text][vc_separator][vc_column_text]KENYATAAN MEDIA
MALAYSIAN RELIEF AGENCY (MRA) KUALA LUMPUR
24 Jun 2022
Malaysian Relief Agency (MRA) telah melancarkan kempen Qurban Terbaik Aidiladha 1443H/2022 bagi membantu golongan asnaf dan fakir miskin di dalam dan luar negara. Presiden MRA, Dr Mohd Daud Bin Sulaiman menyasarkan jumlah korban pada tahun ini adalah sebanyak RM1.5 juta untuk disampaikan kepada penerima melalui enam pakej pilihan yang disediakan.
Melalui Kempen Qurban Terbaik Aidiladha 1443H tahun ini, MRA telah menawarkan 6 pakej yang tidak hanya tertumpu di Malaysia, malah di beberapa buah negara bergolak seperti Palestin, Yaman, Afghanistan dan Syria.
Pakej-pakej yang ditawarkan adalah serendah RM220 bagi negara India (Pakej A), RM400 bagi negara Afrika, Kemboja, Myanmar dan Nepal (Pakej B), RM500 bagi negara Afghanistan dan Filipina (Pakej C), RM800 bagi negara Malaysia, Yaman dan Selatan Thailand (Pakej D), RM1000 bagi negara Syria (Pakej E) dan RM1500 bagi negara Palestin (Pakej F).
MRA turut menawarkan pakej Aqiqah sebanyak RM480 kepada dua buah negara iaitu Somalia dan Myanmar bagi pihak yang ingin melaksanakan aqiqah pada tahun ini.
“Saban tahun, 40,000 orang penerima dari 14 negara menerima bantuan daging korban dari program ini dan tahun ini, MRA telah menghantar empat petugas kemanusiaan ke Afghanistan bagi melaksanakan program Qurban Terbaik MRA di sana. Mereka telah berlepas dari Malaysia ke Islamabad sejak Ramadhan yang lalu.”
Bagi program qurban di Afghanistan pada tahun ini, MRA menyasarkan sebanyak 100 ekor lembu dan 250 ekor kambing di Yaman untuk diagihkan kepada penduduk di sana. Dalam negara pula, Dr Mohd Daud berkata, MRA akan meraikan golongan asnaf dan fakir miskin dan komuniti pelarian.
Justeru, MRA ingin mempelawa mana-mana pihak yang turut ingin menderma kepada MRA bagi tujuan korban turut dialu-alukan.
“Kepada yang berminat untuk meraikan Qurban Terbaik bersama MRA, sila hubungi MRA di 03- 91744672/ 013-3371672 atau sila lawat qurbanterbaik.mra.my atau facebook Malaysian Relief Agency untuk keterangan lanjut,” katanya.
MRA amat berbesar hati menerima lebih banyak rakan kolaborasi dan sumbangan orang ramai serta badan korporat dalam membantu mereka yang memerlukan dalam menyambut bulan yang barakah ini. MRA merayu kepada orang ramai untuk bersama-sama membantu dengan menyumbang ke akaun Malaysian Relief Agency – Maybank 5640 9820 6365.
“Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Yang Lain”
DR MOHD DAUD BIN SULAIMAN
PRESIDEN,
MALAYSIAN RELIEF AGENCY (MRA)
24 JUN 2022[/vc_column_text][vc_gallery interval=”3″ images=”12268,12266,12254,12252,12250,12264,12256,12260″ img_size=”full”][/vc_column][/vc_row]