• Hotline: +603-9174 4672
  • C 45-2, Jalan Danau Lumayan, Bandar Sri Permaisuri Cheras, 56000 Kuala Lumpur
  • +603-9174 4672

Memahami Fiqh keutamaan Para Sukarelawan.

Penceramah : Prof Madya Dr Mohamad Kamil B Hj Abd Majid.
Tarikh : 21 Okt 2018
Hari : Ahad, Jam 10 pagi
Tempat : Dewan Kuliah, Shamawar Sdn Bhd, Kota Damansara

Intipati ceramah.

1. Di dalam Al Quran banyak menyebut tentang kualiti melebihi kuantiti. Juga bilangan kecil mengalahkan bilangan yang besar. Surah As Sad ayat 24 memuji bilangan yang kecil. As Saba’ ayat 13 menyatakan bahawa sedikit sahaja hamba Ku yang bersyukur.

2. Tidak semua keadaan majoriti adalah betul. Adakalanya majoriti ikut kepala. Jika banding 100 ekor kambing dan 10 orang manusia, pasti 100 ekor kambing akan menang, kerana majoriti melihat bilangan, bukan kualiti.
Contoh mudah kualiti lebih baik dari kuantiti adalah negara Israel yang kecil di tengah tengah negara Arab yang besar yang lebih ramai tentera dan sumbernya. Negara Arab tidak boleh mengalahkan Israel yang kecil.

3. Kita diajar di dalam hadis Rasulullah SAW bahawa, Baginda berbangga dengan bilangan Umat yang ramai. Tetapi di sebalik ayat tu, baginda berbangga mempunyai bilangan umat yang ramai dan berkualiti, bijak, cerdik dan baik. Baginda tidak bangga umat yang ramai tetapi zalim dan membuat mungkar.

4. Contoh di Malaysia, berapa banyak belanja yg dihabiskan utk buat penjara dan pusat serenti. Ia adalah satu ‘opportunity loss’ , kerana duit Ini boleh digunakan utk perkara yg lebih bermanfaat. Kutip cukai banyak, tapi habis dibelanjakan kepada perkara yang merugikan. Makan di penjara lebih mewah, sedangkan penuntut universiti tak cukup makan makanan asas. Parti parti politik sepatutnya memperbanyakkan usaha utk mencegah dadah, pil kuda bukan sibuk berebut kerusi.

5. Ramai yang beriman, tapi sedikit yang beramal, daripada yang beramal itu pula sedikit yang faham, daripada yang faham hanya sedikit yang komited. Manusia ditamsilkan seperti 100 ekor unta yg tak ada gembala. Tiada kualiti kepimpinan. Dalam 100 ekor, tak semestinya ada 1 ekor yang akan memimpin.

6. Tuhan juga tak jadikan manusia semua sama. Jika ada seorang yang hebat, sudah menyamai kualiti seperti 1000 org. Mereka yang hebat, ketokohan mereka tidak terbanding. Kualitinya tinggi. Kalau boleh kita ingin mencapai kualiti sebaik mereka.

7. Dari kisah ketenteraan, thalut dan jalut. Tentera Thalut selepas melepasi sebuah padang pasir yang kering, berjumpa sebuah sungai. Thalut dah pesan kepada tenteranya, jangan minum air sungai itu. Jika Minum juga hanya sekadar utk hilangkan dahaga sahaja. Walaupun telah diingatkan, ramai tentera yang minum banyak sehingga kekenyangan, hanya sedikit sahaja yg dengar dan patuh. (Surah al Baqarah ayat 249). Maka, apabila minum banyak, dah tak larat lagi berjuang. Dalam Perang hunain, tentera islam besar pada bilangan, tapi lemah kualiti. Kerana Lemahnya kekuatan kerohanian.

8. Allah beri lebih nikmat seperti ilmu, kekayaan dan kemewahan. Tidak ada masalah untuk menggunakan nikmat yang dianugerahkan. Namun, kena ikhlaskan diri dan jangan ada perasaan riak. Walaupun begitu, untuk menjaga keikhlasan itu payah. Akan ada lintasan hati daripada syaitan dan hawa nafsu untuk mengangkat rasa hebat dalam diri. Walaupun melaksanakan ibadah seperti umrah dan solat. Bagaimana nak bezakan, samada lintasan hati kita berdasarkan yang baik atau buruk. Samada Lillahi taala atau dorongan peribadi? Syaitan sangat licik. Ia menggunakan taktik racun yang disalut madu. Nampak madu, tapi di dalamnya racun.

9. Kata imam Ghazali, Pertama lintasan hati itu kena timbang dengan pandangan syarak. Maka, kena belajar ilmu syarak. Dengan belajar syarak, kita boleh membandingkan menggunakan kayu ukur syarak. Kita tak nak racun disalut madu itu. Jika bersesuaian
dengan Neraca syarak, maka baik lah.

10. Andaikata jika tak boleh diukur melalui syarak, atau hadis atau al Quran, maka banding pula dengan amalan orang soleh. Jika tak jumpa orang Soleh, maka ukur pula dengan kemahuan nafsu. Jika bertentangan dengan nafsu, mungkin ia baik. Contoh : Kenduri kahwin anak, kenapa buat besaran, hingga beratus ribu. Bermewah dan membazir adalah bertentangan dengan syarak, juga bertentangan dengan orang Saleh dan mengikut nafsu,. Bertentangan dengan Hadis nabi, tapi ramai buat termasuk ustaz.

11. Hawa nafsu seperti harimau kerana harimau ni akan selalu lawan kita secara berdepan. Sentiasa kacau kita. Kena ada senjata ampuh baru harimau lari. Syaitan pula macam serigala, akan datang dari kiri, lepas halau datang pula dari belakang. Tetap tak putus asa. Cara datang berbeza. Kalau kita dah silap, perlu bersalah dan bertaubat (Surah al mutaffifin ayat 24). Jika tidak bertaubat, hati jadi berdebu sikit demi sikit, kemudian makin lama makin tebal dan berkarat. Hati bersih ibarat cermin yg bersih, ia dicuci dengan zikir dan amalan soleh.

12. Dosa yang kita buat, walaupun kecil tapi berterusan akan bawa kepada hati yg gelap. Hisap rokok sebagai contoh, menyebabkan hati yg keras kemudian berkarat. Sehinggakan buat satu yg tak elok, dah tak rasa apa apa. Lawan dengan syaitan kita tak mampu berseorangan, kena mohon dengan Allah. Rujuk surah an Nas.

13. Siapa bertakwa kepada Allah, akan ada jalan keluar, rezeki datang tanpa diduga. Bertawakkal kepada Allah. Namun, Tawakal kena ada prinsip yang betul. Kena ikut piawaian. Nak tinggalkan unta, kena ikat dulu talinya. Bukan lepaskan begitu sahaja.

14.Ada yg patut disegerakan di dalam 5 perkara

A. Ibu bapa. Bila anak perempuan sampai umur, wajib disegerakan kahwin.
B. Ada hutang, bayar cepat2.
C. Bila meninggal, segerakan tanam mayat. Di mana dia mati, di situ ia ditanam.
D. Bila tetamu datang, layan segera. Setakat 3 hari. Tetamu jangan ambil kesempatan. Jangan memberatkan kita. Ikhlas dan bersegera.
E. Bertaubat daripada dosa apabila berdosa.

15. Walaupun usaha kita nampak kecil di sisi manusia, tapi mungkin ia besar di sisi Tuhan. Nampak besar di sisi manusia, tapi kecil pula di sisi Tuhan. Lihat kisah pelacur wanita yang beri air kepada anjing. Jangan perasan dengan amalan sendiri. Cth Mengejek orang yang tak datang solat di masjid. Mungkin orang itu bab solat jemaah dia kurang, tapi bab sedekah dia hebat. Jangan nanti bila beratur masuk syurga, kita di belakang sekali. Sudahlah amalan sedikit, jangan sampai pahala sedikit tu pun kita terpaksa serahkan kepada orang lain.

Wallahu Alam.

Catatan Dr Shahrizal Azwan Bin Samsudin,

Setiausaha Agung MRA
 

Tags CLOUD

LEAVE A COMMENT