MRA TERIMA SUMBANGAN DARI ECM LIBRA FOUNDATION MELALUI “BATTLE OF THE BULGE”

KENYATAAN MEDIA
MALAYSIAN RELIEF AGENCY (MRA) KUALA LUMPUR
18 Disember 2020

 

Malaysian Relief Agency (MRA) telah menerima sumbangan daripada ECM Libra Foundation bersempena pertandingan skuasy antara dua ahli korporat. Pertandingan yang dinamakan “Battle of the Bulge,” ini adalah usaha dan sokongan ECM Libra Foundation dengan kerjasama AirAsia Group yang bertujuan mengumpul dana dari rakan korporat untuk memberi bantuan sebanyak 125,000 pek makanan kepada 1000 keluarga selama enam bulan sehingga COVID- 19 pulih di negara ini.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dan Pengarah Urusan MRCB, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din adalah merupakan pemain yang terlibat dalam pertandingan skuasy amal ini bagi membantu golongan yang terkesan akibat pandemik yang melanda negara ini. Namun begitu, perlawanan amal ini telah dua kali ditangguhkan kerana COVID-19 dan akan ditangguhkan lagi ke tahun 2021 setelah mendapat kebenaran.

Justeru, sebanyak RM 165,000.00 daripada RM 750,000.00 yang terkumpul telah diserahkan kepada Presiden MRA iaitu Dr Mohd Daud Bin Sulaiman oleh Tan Sri Tony Fernandes dan Dato’ Seri Kalimullah sendiri bertempat di ECM Libra Foundation, Damansara Heights. Jumlah kutipan sumbangan yang selebihnya telah disalurkan kepada empat lagi badan bukan kerajaan (NGO) untuk pengagihan pek makanan.

MRA telah menyalurkan sebanyak 228,015 pek makanan ke seluruh Malaysia yang bernilai RM 2,896,503.00 sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu sehingga kini. Dr Mohd Daud Bin Sulaiman amat berbesar hati atas usaha dan sokongan penuh daripada syarikat korporat dan orang awam dalam membantu badan bukan kerajaan (NGO). MRA akan terus komited dan gigih dalam membantu mereka yang memerlukan.

Sementara itu, bagi mereka yang ingin membuat sumbangan boleh berbuat demikian dengan menyalurkannya ke nombor akaun Maybank MRA iaitu 5640 9820 6365 (Malaysian Relief Agency) untuk menyokong usaha MRA dalam membantu komuniti yang terjejas akibat COVID-19 di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Malaysian Relief agency (MRA), sila hubungi 03- 9174 4672 atau layari laman web rasmi MRA www.mra.my dan ikuti perkembangan terkini MRA melalui Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube.

“Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Yang Lain”

 

Dr Mohd Daud Bin Sulaiman
Presiden